CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 18

Dua Rakan Sedang Berbual Tepi Jalan Maut Dilanggar Kereta

[Copy link]
Post time 17-6-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode
DUNGUN: Dua rakan maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika sedang berbual di tepi jalan dalam kejadian di Kilometer 18.5, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang,  Kamariduan Mohamed, 41, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd. Rosdi Yaakob, 48, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya akibat kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, Kamariduan yang merupakan seorang peniaga sayur difahamkan sedang menunggu bekalan sayur daripada penduduk sambil berbual dengan Mohd. Rosdi yang merupakan pekerja di sebuah kedai hardware berhampiran.




Foto: Utusan Online




“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kenderaan Proton Saga yang dipandu seorang pegawai pematuhan ladang TDM Plantation berusia 24 tahun dari arah Kemaman ke Paka secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah kedai kotak.


“Kedua-kedua mangsa yang berada di sebelah kedai tersebut turut dirempuh kenderaan tersebut sebelum diseret kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Baharudin berkata, pemandu Proton Saga berasal dari Ladang Pinang Mas, Bukit Besi pula mengalami kecederaan ringan.


“Kedua-kedua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” ujarnya.


Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 12:12 PM | Show all posts
smlm tgh tgu trafik light, kena rempuh

ni tgu kt tepi jln pulak

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hilang kawalan ni takde benda lain la kan melainkan laju? ramai spesis masa belum bunuh orang kembang idong cite slalu drive lebih had laju, tak menyusahkan orang konon, bukan tak tapi BELUM!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:55 PM | Show all posts
tengok age driver, faham-faham je la drive macam mana..
ujung-ujung salahkan kereta jalan tayar itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:57 PM | Show all posts
sikit2 takdirrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun... Kalau dh ajal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 01:28 PM | Show all posts
kalau umur 40s boleh lagi nk husnuzon kena heart attack semasa drive. ni muda lagi. mgkn sawan babi or mmg jenis bwk kereta cam babi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 anak2 kehilangan bapa yg mencari rezeki...driver bangsat tu pasni kena tanggung keperluan jika arwah2 masih ada anak2 kecil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 01:36 PM | Show all posts
Dah lama diberitahu kelajuan membunuh tapi tetap tak ada siapa ambil peduli.  Takziah buat keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk umur, kereta yg dipandu dan tempat kejadian...confirm bdk ni bwk laju. tak pasal2 jadi pembunuh. sila masuk jail
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:51 PM | Show all posts
dia kalau myvi baru meriah org kondem
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:56 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-6-2022 01:36 PM
Dah lama diberitahu kelajuan membunuh tapi tetap tak ada siapa ambil peduli.  Takziah buat keluarga  ...

ramai tak percaya...lagi2 yg darah muda ni adrenaline rush ni lagi laju lagi best bawak. spt akulah raja jalan...nk laju2 ni nak cpt masuk kubur kot, kalau sendiri masuk takpe...ni org lain yg masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak mcm nak tecirit tu nak p mana lahh.
Tp aku penah la nak tecirit memang panik wey
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:31 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-6-2022 01:36 PM
Dah lama diberitahu kelajuan membunuh tapi tetap tak ada siapa ambil peduli.  Takziah buat keluarga  ...

Kadang2 area perumahan pun nak bawak keta laju2. Dahler keta usang lagi nak bawak laju2. Dibuatnya budak2 tiba2 melintas boleh terbang tau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:34 PM | Show all posts
ezacbee replied at 17-6-2022 06:31 PM
Kadang2 area perumahan pun nak bawak keta laju2. Dahler keta usang lagi nak bawak laju2. Dibuatnya ...

Ada benarnya kadang sampai ada yang menjerit dalam group whatapps kejiranan pasal tu.  Tak kena tak pa kena anaknya mau dicincang kereta tu katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak keta laju..nak2 tayar licin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm tertengok video smlm lori pi langgar org yg sedang tukar tayar kete tepi jln.. dua org kene langgar
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-6-2022 06:34 PM
Ada benarnya kadang sampai ada yang menjerit dalam group whatapps kejiranan pasal tu.  Tak kena ta ...

Blok apartment I ni pun orang boleh nak speed..tak paham betul. Bila I tengok muka memasing mmg muda belaka..tunggu masa je diaorg terlanggar orang baru keluar pintu dari lif..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 17-6-2022 12:20 PM
hilang kawalan ni takde benda lain la kan melainkan laju? ramai spesis masa belum bunuh orang kemban ...

Mcm x fair isi berita. Hilang kawalan tu kalau kereta rosak, pemandu mati, benda yg diluar kawalan. Kalau bawak laju mcm setan pelesit, tulis je la. Kasi hukuman gantung sekali menyebabkan kematian tanpa niat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.672374 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list