View: 418|Reply: 1
|
[Tempatan]
Forum Pemuda PAS, Umno, Amanah jadi medan hentam kerajaan Kelantan
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 17-6-2022 07:51 AM
Forum Pemuda PAS, Umno, Amanah jadi medan hentam kerajaan Kelantan
https://www.malaysiakini.com/news/625078
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jun 17, 2022 1:30 PM⋅
Dikemaskini: 1:30 PM
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/07bebd5be25cf8d3bb303beb26581dac.jpg=s800)
Forum rakyat yang menampilkan tiga ketua pemuda dari PAS, Umno dan Amanah di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kota Bharu, malam tadi, menyaksikan suasana gamat apabila bertukar menjadi medan menghentam prestasi kerajaan negeri.
Forum yang sepatutnya membincangkan idea dan gagasan masa depan anak muda Kelantan itu juga riuh-rendah dengan sorakan penonton selepas perbincangan menjurus kepada isu-isu di luar topik.
Program dimudahcara Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub itu bertukar haluan selepas soalan dan jawapan dikemukakan barisan panel serta audien berkait dengan isu-isu yang menjadi rungutan semasa.
Antara isu dibangkitkan ialah kemudahan air bersih, isu surau atau masjid dijadikan lokasi mesyuarat cawangan PAS, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, royalti petroleum dan pelaksanaan dasar Islam.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor ketika mengulas mengenai tawaran kepada anak muda antara lain menegaskan golongan itu memerlukan kemudahan infrastruktur yang baik, terutama bekalan air bersih.
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/1fcfcd131fccd09911112de009efe336.jpg)
"Berkait kemudahan infrastruktur yang baik ini, kemudahan air kena ada, sekarang pun ada tetapi mungkin perlu kita sempurnakan. Perkara ini hakikat, saya sendiri mengalami, semua rumah pun mengalami, kita tak boleh berada dalam sindrom penafian.
"Sumber air bersih salah satu infrastruktur yang wajib dan banyak lagi antaranya isu pengangkutan awam yang perlu disediakan dengan cekap.
“Barulah rakyat dapat merasai kebajikan daripada kerajaan negeri," katanya yang turut mengkritik tarif cukai tanah yang tinggi di Kelantan.
Sementara itu, ditanya mengenai sejauh mana kesediaan ketiga-tiga parti meneruskan agenda membangun bersama Islam jika diberi mandat untuk mentadbir Kelantan, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan menegaskan pihaknya bersetuju pelaksanaan agenda Islam turut menjadi keutamaan.
'Dasar Islam bukan buka paip keluar air kuning'
Bagaimanapun katanya, dasar itu perlu selari dengan tindakan dan pelaksanaan Islam dalam urus tadbir kerajaan.
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/9528dd982d84e23018b2b7b8771e25ea.jpg)
"Ambo yakin semua yang ada dalam dewan ini bersetuju untuk kita bawa dasar Islam, namun dasar Islam tetapi kalau buka paip air keluar warna kuning, kita tak setuju.
“Kalau dasarnya Islam tetapi nak bantu rakyat pun tak mampu kita tak setuju.
"Kalau dasarnya Islam tetapi anak muda tidak dilibatkan dalam pembangunan negeri kita tak setuju. Jadi hari ini jangan kita solekkan dengan Islam, Islam, Islam, tetapi pelaksanaannya tidak islam.
"Seperti mana dulu ada ahli politik yang berjanji akan letak jawatan jika tidak laksanakan hudud tapi sampai ke hari ini dia masih jadi wakil rakyat. Kita juga masih ingat macam mana ada ahli politik bercakap hudud dan RUU355 (rang undang-undang) maruah kami, nyawa kami tetapi bila ada jawatan kini diam," katanya menggamatkan dewan dengan sorakan penonton.
Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed bagaimanapun menegaskan, dasar membangun bersama Islam adalah strategi PAS dan sesiapa pun yang menjadi pemimpin dasar itu akan diteruskan.
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/0ac77f05d15fbe42256ed82978abf811.jpg)
"Kita kita akan bawa (teruskan), cuma kita sebutkan juga kita akan buka kepada pendapat awam untuk memberi pandangan dan cadangan untuk kita tambah baik dasar dan polisi membangun bersama Islam," jelasnya.
Bagi Noor Hariri pula ujarnya, apa sahaja usaha baik dilakukan kerajaan Kelantan kini akan diteruskan jika Umno diberi mandat memerintah.
"Apa sahaja perkara baik dibuat oleh kerajaan negeri, Umno akan teruskan jika kita diberi mandat untuk mentadbir dan jika boleh kita akan lebih islamik daripada kerajaan sekarang," katanya.
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/2b33f2989870218d56c5881650e40bf2.jpg)
Selain itu menjawab soalan mengenai persediaan menarik undi golongan muda kepada ketiga-tiga parti sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mohamad Kamal menjelaskan PAS meletakkan keyakinan tinggi bahawa parti itu etap akan menjadi pilihan pengundi muda.
"Saya berkeyakinan kita akan menang, itu keyakinan kita tak boleh lari dah. Mesti bersama dengan orang yang nak bersama dengan mereka yang boleh menerima dasar kita dan kita akan bersama. (Bersama) Umno seperti mana presiden saya sebut bahawa politik orang Melayu kena bersama bukan sahaja di Kelantan bahkan di Malaysia.
"Kita bersama dengan Umno dalam beberapa pilihan raya dan alhamdulillah menang hasil daripada suara orang Melayu dan Islam," katanya apabila turut ditanya moderator apakah parti itu akan bersama Umno.
Sementara itu Hazmi pula berpendapat banyak rungutan oleh rakyat Kelantan berkaitan prestasi kerajaan negeri seperti isu bekalan air dan pengurusan sampah akan diterjemahkan oleh pengundi pada RU15.
"Persoalannya bukan Amanah, PAS dan Umno, persoalan besar rakyat Kelantan berasa dalam masa 32 tahun mereka tidak selesa dengan pentadbiran kerajaan, jadi sekiranya berlaku PRU insya-Allah - asal bukan PAS," tegasnya.
Noor Hariri turut menegaskan Umno sentiasa menaruh keyakinan akan dapat menawan Kelantan pada PRU akan datang,
"Tentunya kita yakin, keyakinan itu sentiasa ada. Soal menang atau kalah itu kita serah kepada Allah S.W.T, mungkin kalau tidak menang pun, ia adalah kemenangan yang tertangguh," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|