CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 7

[Tempatan] Polis buru lelaki berjubah cuba culik kanak-kanak

[Copy link]
Post time 17-6-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Polis buru lelaki berjubah cuba culik kanak-kanak

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -culik-kanak-kanak/

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
17 Jun 2022, 3:24 pm


Gambar hiasan

MELAKA – Polis memburu lelaki berjubah putih yang dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan menggunakan sebuah kereta di Jalan Baru Kampung Krubong, Krubong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian telah dilaporkan oleh bapa mangsa mendakwa anaknya berusia enam tahun cuba diculik suspek.

Katanya, mengikut laporan dibuat, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa bersama-sama kakak dan sepupunya berjalan kaki pulang rumah selepas habis mengaji di kawasan berhampiran.

“Ketika melalui Jalan Baru Kampung Krubong, anak kedua mangsa berusia enam tahun dikatakan telah ditegur seorang lelaki memakai jubah putih dan berkopiah yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna silver.

“Suspek kemudian telah merentap tangan mangsa cuba menariknya masuk ke dalam kereta, namun kakak serta sepupunya sempat menghalang dan mereka melarikan diri ke rumah ibu saudara berhampiran,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bapa mangsa memberitahu beberapa orang awam turut bertembung dengan suspek dan mengecam nombor pendafraran kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun apabila disemak, kita syaki dua nombor yang digunakan adalah palsu dan tidak sepadan dengan jenis kenderaan digunakan suspek.

“Melalui semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nombor tersebut berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda,” katanya.

Ujarnya lagi, saksi juga memberitahu Proton Persona berwarna silver yang dinaiki suspek telah dicat dengan warna hitam di bahagian pintu pemandu.

Christopher berkata, orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat termasuk rakaman jenayah itu boleh tampil untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah selamat ko dek. Nasib baik la kakak2 n sepupu tlg n ada ditempat kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 17-6-2022 08:11 PM
Alhamdulillah selamat ko dek. Nasib baik la kakak2 n sepupu tlg n ada ditempat kejadian

Alhamdulillah….
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik jubah serkup ATS kepala die ..pastu lempar DLm lombong..biar mati kejung kat situ..berleluasa BTL dunia skrg dgn org2 jahat..mmg xakan aman dah SMP kiamat...mampusla ko org2 jahat  durjana . harkkkktuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai jubah tiba2 bumiputera menyamar macam kes patung hindu hari tu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
awas, pedo berkeliaran mencari mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aihh risauu pulak kat anak buah iols. Yelaa memang kita dah jagaa tapi takot laa jugak kan terlepas pandang ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049692 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list