View: 1214|Reply: 11
|
[Dunia]
Miliki badan sama saiz van mini
[Copy link]
|
|
Miliki badan sama saiz van mini
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/16hmgems_1655505604.jpg)
BERAT Brumley pernah mencecah 464 kilogram. FOTO AGENSI
Houston: Seorang lelaki di Texas, Amerika Syarikat pernah dilaporkan antara individu terberat di dunia apabila beratnya pernah mencecah 463 kilogram, beberapa tahun lalu.
Saiz tubuh badannya terlalu besar seperti saiz van mini sehingga lelaki itu tidak boleh berjalan, malah tidak berupaya untuk membersihkan dirinya.
Daily Star melaporkan kisah Kenneth Brumley kembali diperkatakan apabila dalam sebuah dokumentari terbitan sebuah stesen televisyen yang kembali disiarkan di saluran YouTube Oprah Winfrey Network, baru-baru ini.
Dalam program itu, anggota bomba memasuki rumah lelaki berusia 40 tahun berkenaan dan mendapati dia terbaring di atas lantai.
Katilnya sudah lama runtuh, dan berada di bawah badannya yang berat itu.
Dia tidak dapat bangun atau bergerak lebih daripada kepala dan lengannya, dan dia tidak dapat membersihkan dirinya selama empat tahun.
Bapa kepada empat anak itu tidak muat melalui mana-mana bingkai pintu di rumahnya.
Akibatnya, pasukan perkhidmatan kecemasan terpaksa memecahkan dinding untuk mengusungnya ke hospital berdekatan.
Jika ada sedikit pun langkah yang salah, ia mungkin mencetuskan serangan jantung.
Mengusung lelaki itu umpama operasi ketenteraan besar-besaran, dengan seorang penyelamat mengingatkan bahawa bahagian dalam rumah itu berbau busuk.
Brumley kemudian dilaporkan menjalani pintasan gastrik pada 2019, dan menerima rawatan selama 365 hari di hospital, sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Namun, menurut Daily Star, kini tidak dapat dipastikan mengenai status terkini kesihatan lelaki itu. Jika masih hidup, dia sudah berusia 54 tahun.
Bagaimanapun, banyak pihak beranggapan individu itu masih hidup kerana tidak mungkin saluran YouTube berkenaan memaparkan kisah individu yang sudah meninggal dunia.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sama-saiz-van-mini
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat kat kanibal ni mau 2 bulan tak abis makan daging beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa x buat pembedahan biaratrik. potong usus pendek sampai 3 inci. ramai berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Ape benda ko telan smpi jadi besar gedabak mcm tu. Makan kambing seekor sehari ke |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Brumley kemudian dilaporkan menjalani pintasan gastrik pada 2019, dan menerima rawatan selama 365 hari di hospital, sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Namun, menurut Daily Star, kini tidak dapat dipastikan mengenai status terkini kesihatan lelaki itu. Jika masih hidup, dia sudah berusia 54 tahun.
Bagaimanapun, banyak pihak beranggapan individu itu masih hidup kerana tidak mungkin saluran YouTube berkenaan memaparkan kisah individu yang sudah meninggal dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm pilem What’s Eating Gilbert Grape lakunan bersama Abam Deep dan DiCaprio…mak gemuk penuh katil queen mati…depa bakar ja rmh…tak nak susahkan org ramai gamaknya nak urus pengkebumian… |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke orang kat Texas boleh confirmkan acik ni hidup lagi ke tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|