CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4866|Reply: 77

[Tempatan] Penduduk mengeluh kawasan Presint 16 semakin sesak dgn kenderaan kiri kanan bahu jalan

[Copy link]
Post time 19-6-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Kesian penduduk Putrajaya
Samadi Ahmad



Kenderaan yang dipakir di bahagian bahu jalan kiri dan kanan jalan utama di Presint 16 menyebabkan laluan itu menjadi sesak ketika waktu puncak. Foto Samadi Ahmad

Putrajaya: Sesak dengan deretan ratusan kenderaan tidak ubah seperti keadaan di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.

Itu situasi dirasai penghuni kuarters kakitangan kerajaan di pusat pentadbiran negara di sini, apabila terlalu banyak kenderaan diletakkan di pakir dan bahu jalan hingga mengakibatkan aliran trafik sesak pada waktu puncak.

Tinjauan di lokasi mendapati pemilik meletakkan kenderaan di bahagian kiri dan kanan jalan sedangkan kawasan itu sudah diwartakan sebagai lokasi larangan melalui peringatan papan tanda yang diletakkan di kawasan itu.

Malah ada pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di pondok perhentian bas.

Kakitangan swasta yang menetap di Presint 15 di sini, Muhajir Misran, 43, berkata, tindakan pemilik kenderaan sesuka hati menyusahkan penduduk berikutan laluan utama menjadi sempit.

Menurutnya, kawasan jalan sering sesak hingga menyebabkan menyukarkan penghuni keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

"Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Perbadanan Putrajaya (PPj) mengeluarkan kompaun atau menunda kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak sepatutnya, "katanya.

Sementara itu Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Mohd Ali Jusoh berkata, isu kekurangan parkir di kawasan perumahan berlaku hampir di semua lokasi di pusat pentadbiran kerajaan berkenaan.

Menurutnya, masalah timbul apabila penghuni memiliki kenderaan melebihi lot dikhususkan.

"Akibatnya kenderaan ini di parkir di depan rumah sampah sehingga melimpah ke bahu jalan. Laluan jalan semakin mengecil dan menimbulkan kesesakan serta berisiko berlaku kemalangan," katanya.\

Disiarkan pada: Jun 19, 2022 @ 4:49pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 09:24 PM | Show all posts
Mana-mana tempat sekarang ini sesak dengan kenderaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe, elemen pprt molayoo kampung mula meresap ke Putarjaya. Tepukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:05 AM | Show all posts
bilangan kenderaan melebihi jumlah penduduk di Malaysia. Tahniah rakyat Malaysia. Anda memang kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:54 AM | Show all posts
dah lah situ sempit, lepastu buat apartment banyak2...
Parking apartment pulak satu unit tuk sebuah rumah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:02 AM | Show all posts
Sekarang anak2 dah bekerja pun duduk sekali dgn parents.. tu yg kete sampai 3-4 biji satu rumah. Kalau taman link house pun serabut, inikan lagi apartment.. mcm jiran aku ada 5 biji kete laki, bini anak 3 org.. walaupun landed property, dalam porch boleh 2 biji, depan rumah sebiji… lagi 2 biji merewang parking depan rumah orang.. nasib baik ada rumah takde org, boleh lah parking depan rumah tu tapi berebut la dgn jiran lain yg ada lebih dari 3 biji kete..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kat area mana yg sesak tu? area sekitar food court ke? situ sbb ada rumah penjawat awam kan
ikutkan merata aje area putrajaya yg org parking kiri kanan jalan ni, mmg jln jd sempit dan sesak
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:08 AM | Show all posts
Ambik contoh simple satu family yg duduk kat sini. Katalah 10 tahun dulu, 1 rumah bapak, mak & anak 2 org masih sekolah. Bapak 1 kereta. Mak 1 kereta. Fast forward, anak 2 org tu dah besar & bekerja. Still duduk rumah yg sama. 1 kereta setiap sorang. Total kereta utk family tu dah jadi 4 bijik.

Sekarang ko darabkan senario camtu untuk 100 family lain yg menginap kat flat area situ & compare dgn parking lot yg ada..Tak masuk lagi kalau ada 2-3 flat/apartment yg berdekatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Presint 16 ni asal berapa je umah bertingkat....sekarang hampir 4 blok kot bangunan baru. Tu belum lagi ada projek baru akan siap dalam 3 4 tahun...kesian pembeli umah  harga juta2 area itu terkena tempias
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:23 AM | Show all posts
keluar lg kenderaan baru byk2
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:28 AM | Show all posts
tu lah sapa suh kete murah. habis waima anak baru masuk onibesti ada kete.
buat kete mahal2 biar semua naik motor. ala2 vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Purata satu rumah 2 kereta kalau yang duduk rumah apartment.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:34 AM | Show all posts
tungkai replied at 20-6-2022 10:08 AM
Ambik contoh simple satu family yg duduk kat sini. Katalah 10 tahun dulu, 1 rumah bapak, mak & anak  ...

Punca nya sebab gaji yg rendah & harga rumah yg mahal melampau. Kalau ikutkan anak2 nak je pindah rumah sendiri lepas dah bekerja. Ini gaji RM1.5k pon berkira2 nak bagi, lagilah nak beli rumah sendiri. Rumah murah2 pon ada la dalam 70-80k. Itu pon rumah flat lelong ceruk tempat jin bertendang.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:45 AM | Show all posts
pjh buat rumah satu parking je apoooooooo bodoh tk leh di ajar???
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya salah pemaju gak le. Patutnya zaman sekarang deols kena tahu yg both suami isteri ada kereta masing2. Jd satu rumah wajib 2 tapak parking. Sbl saman penghuni saman dulu pemaju yg gagal rancang dr awal
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan la tongong. Buat kuarters apartment tapi parking tak cukup. Buat PPA1M pun sama jugak, satu rumah satu parking je. Apela bodoh nak mampos. Itu belum lagi masuk kisah kat area pejabat2. Buat pejabat2 tapi parking tak cukup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan je. Konon Putrajaya bandar terancang
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah parking bertingkat.. buat 10 tingkat. Ni bantai buat apartment banyak2 .. parking takde pandai2 kau lah nak parking kat mana. Tiada perancangan bandar dan wilayah langsung. Kalau kereta boleh dilipatkan takpelah tak nak fikir pasal parking.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:29 AM | Show all posts
dah ada peluang bina bandar daripada asas pun masih gagal total..terancang la sangat putrajaya tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 20-6-2022 11:23 AM
Buatlah parking bertingkat.. buat 10 tingkat. Ni bantai buat apartment banyak2 .. parking takde pand ...

Apartment baru presint 16 dah ada bangunan khas bertingkat utk parking tapi mungkin 1 rumah satu parking. Sesetengah penghuni /penduduk putrajaya ni jenis jimat nak cepat. Tak nak parking bangunan disediakan..sebb jem nak keluar parking. Paling senang parking tepi jalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.832885 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list