MOSCOW: Seorang wanita dimakan oleh hampir dua dozen kucing peliharaannya selepas dia rebah dan mati di rumahnya.
Kisahnya disedari apabila polis mengunjungi rumahnya selepas menerima panggilan daripada beberapa rakan sekerja yang menyuarakan kebimbangan mereka tengang mangsa yang tidak datang bekerja sejak sekian lama.
Menurut Ottawa Sun, pihak polis menerima kejutan selepas mendapati sebahagian mayatnya dimakan oleh sekitar 20 kucing yang kelaparan.
Pihak berkuasa percaya dia sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.
Wanita itu yang tinggal di Bataysk, bekerja sebagai penternak kucing dan memelihara 20 ekor kucing baka Maine Coon di kediamannya.
Menurut pakar haiwan, kucing tersebut ditinggalkan tanpa makanan selama dua minggu sehingga bertindak memakan mayat wanita tersebut.
sarawakvoice.com/2022/06/20 |