CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 6

[Dunia] Suhu di Arab Saudi diramal cecah 50 darjah Celsius

[Copy link]
Post time 20-6-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG buruh bekerja di sebuah tapak pembinaan di Riyadh semasa gelombang haba pada 23 Mei lalu. - AFP

Suhu di Arab Saudi diramal cecah 50 darjah Celsius

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan dengan fenomena gelombang haba bermula semalam yang akan berterusan sehingga Rabu ini, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

NCM meramalkan bahawa gelombang haba yang berlaku di beberapa wilayah negara itu akan merekodkan suhu sehingga 50 darjah Celsius.

Agensi itu turut menjangkakan bahawa suhu maksimum di kebanyakan kawasan di Wilayah Timur (Al-Sharqiya) dan bahagian antara Madinah dan Yanbu masing-masing akan merekodkan bacaan 47 dan 50 darjah Celsius.

Di bahagian timur wilayah Riyadh, Al-Qassim dan sempadan utara pula diramal mencatat suhu antara 45 hingga 47 darjah Celsius.

Susulan perkembangan tersebut, NCM menyeru orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga selain meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa demi memastikan keselamatan terpelihara.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial mula mengenakan larangan bekerja di bawah matahari bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang untuk tempoh selama tiga bulan berkuat kuasa mulai 15 Jun lalu.



Larangan yang akan melibatkan semua syarikat dan pertubuhan sektor swasta itu bakal berterusan sehingga 15 September depan.

Bercakap kepada Saudi Gazette, jurucakap kementerian tersebut, Saal Al-Hammad berkata, bayaran denda berjumlah 3,000 riyal (RM3,520) akan dikenakan terhadap majikan sekiranya melanggar peraturan berkenaan untuk setiap pekerja.

“Jumlah denda itu akan berlipat kali ganda sekiranya ramai pekerja yang terlibat dalam pelanggaran larangan bekerja pada tengah hari,” kata beliau. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -50-darjah-celsius/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lg. Watlah pesta muzik lg mcm ari tu di Riyadh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:06 PM | Show all posts
tak boleh ka kita buat pendingin udara sebesar alam semesta yang boleh menyejukkan bahagian bumi terutamanya dipadang pasir.... patut buat penyelidikan bermula dengan cadangan tesla menggunakan tenaga free dari medan magnet ... atau mungkin kita buat payung besar yang bergerak yang berada diangkasa yang melindungi terik matahari dari terkena bumi... untungnya kalau ada poket doraemon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:11 PM | Show all posts
Climate change katanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Global warming tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:50 PM | Show all posts
Mende nya tahun2 lepas pun range 50 juga kat Saudi ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 01:18 PM | Show all posts
Benda sama tiap2 tahun - heat wave, cold snap.

Ummah nusantara ja yang semua benda nak terkejut. Hujan lebat pun terkejut padahal sejak lahir dah main banjir.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054850 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list