View: 1756|Reply: 12
|
Nenek teringin timang anak bersama suami muda
[Copy link]
|
|
Nenek teringin timang anak bersama suami muda
CHERYL bersama suaminya yang berusia 24 tahun. FOTO Agensi
Washington: Seorang nenek dari Amerika Syarikat bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya yang berusia 24 tahun.
Warga emas itu, Cheryl berusia 61 tahun, berkahwin dengan Qaran McCain dari Georgia pada September tahun lalu selepas pasangan itu berpacaran selama setahun, lapor Yorkshire Live.
Pasangan itu mengumumkan menerusi akaun TikTok mereka, @kingqurannewpage yang mempunyai 2.2 juta pengikut dan Qaran menggunakan akaun itu bagi mengumpul dana ramai untuk membeli cincin buat Cheryl.
Perkahwinan mereka berlangsung di Tennessee dengan 20,000 orang menonton melalui penstriman langsung.
Kedua-duanya menegaskan cinta mereka adalah nyata dan mendedahkan mereka merancang untuk mengambil langkah seterusnya bersama-sama dan mempunyai anak.
"Dia sentiasa inginkan anak dan saya mahu menjadi ibu kepada anaknya. Sudah tentu, kerana usia saya, kami perlu mendapatkan pengganti atau anak angkat yang kami sedang cari," kata Cheryl.
Ibu tujuh anak itu berkata, keluarganya menyokong hubungan mereka dengan cucunya sudah memanggil Qaran sebagai 'pawpaw'.
Pasangan itu pertama kali bertemu pada 2012 ketika dia bekerja di Dairy Queen di bandar Rome, Georgia yang dimiliki oleh anaknya Chris yang mana Qaran baru berusia 15 tahun ketika itu.
Mereka terputus hubungan tetapi menjalin cinta semula pada 2020 apabila Qaran melihatnya bekerja di kedai serbaneka sebelum meminang pada Julai 2021.
Cheryl dan Qaran ke Tennessee dengan hanya dua rakan untuk berkahwin dan merancang untuk memperbaharui ikrar mereka di hadapan keluarga mereka.
Anak-anak Cheryl, yang berusia antara 29 hingga 41 tahun berkata, mereka akan membantu membesarkan adik mereka jika ibu mereka dikurniakan cahaya mata.
"Orang ramai menganggap saya mementingkan diri sendiri dan terlalu tua untuk menjadi ibu sekarang, tetapi saya tidak bimbang untuk menjaga anak itu," kata Cheryl.
Memberi maklum balas kepada sindiran awal minggu ini sama ada pasangan itu sudah berpisah, Qaran berkata, mereka "tidak akan ke mana-mana."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -bersama-suami-muda
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cinta tidak dipaksa, kat tanah air ni pun kita boleh dengar macam2 cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Infamous meka ni. Sebab nenet tu pedo. Ntah la nak. Dah ngkau nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan itu pertama kali bertemu pada 2012 ketika dia bekerja di Dairy Queen di bandar Rome, Georgia yang dimiliki oleh anaknya Chris yang mana Qaran baru berusia 15 tahun ketika itu.
Memang ko tak buang masa, terus grooming kaw2 kan nek?
satu lagi, ye ke umur 61 tahun? tua gilerr muka nek pedo nih, mcm lewat 80an jah. |
|
|
|
|
|
|
|
61 selalunya herlok lg..tp ni apsal kedut seribu..queen E pn x kedut sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
61 dah teruk macam tu pasti pernah ambil bahan terlarang |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek Tak Rasa Terlalu Tua Untuk Timang Anak Dengan Suami Pucuk Muda
Warga emas berusia 61 tahun dari Amerika Syarikat bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya yang berusia 24 tahun.
Yorkshire Live melaporkan, Cheryl berkahwin dengan Quran McCain dari Georgia pada September tahun lalu selepas setahun berpacaran.
Foto: The Sun/Jam Press
Perkahwinan mereka berlangsung di Tennessee dan disiarkan melalui penstriman langsung dengan 20,000 jumlah tontonan.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun TikTok mereka, @kingqurannewpage yang turut digunakan Quran bagi mengumpul dana untuk membeli cincin buat Cheryl.
"Dia sentiasa inginkan anak dan saya mahu menjadi ibu kepada anaknya. Sudah tentu, kerana usia saya, kami perlu mendapatkan pengganti atau anak angkat yang kami sedang cari," kata Cheryl seperti dipetik Harian Metro.
Selain hubungan dipersetujui keluarga ibu tujuh anak itu, cucunya juga sudah selesa menggelar Quran sebagai 'pawpaw'.
Difahamkan, mereka bertemu buat kali pertama pada 2012 ketika dia bekerja di Dairy Queen di Rome, Georgia yang dimiliki anaknya iaitu Chris. Manakala Quran ketika baru berusia 15 tahun.
Foto: The Sun/Jam Press
Mereka terputus hubungan, tetapi menjalin cinta semula pada 2020 apabila Quran melihatnya bekerja di kedai serbaneka sebelum meminang pada Julai 2021.
Anak-anak Cheryl, yang berusia antara 29 hingga 41 tahun berkata, mereka akan membantu membesarkan adik mereka jika ibu mereka dikurniakan cahaya mata.
"Orang ramai menganggap saya mementingkan diri sendiri dan terlalu tua untuk menjadi ibu sekarang, tetapi saya tidak bimbang untuk menjaga anak itu," kata Cheryl. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kertu pulakk..nenek i 70 pun herlok lg..still masuk ofis lg..still drive lg..biar betui. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-6-2022 03:32 PM
Memang ko tak buang masa, terus grooming kaw2 kan nek?
satu lagi, ye ke umur 61 tahun? tua gil ...
Iols penah tgk kisah dorang ni kat fb, ummah kokesen pun ramai komen apasal dia nampak lebih tua drpd usia dia.
Tapi badan petite mcm remaja, gaya dia pun mcm org muda gituh. Aktif menari itu ini laki bini kat tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
geli pulak aq tengok tiktok diaa |
|
|
|
|
|
|
|
61 tp muka nmpk sgt tuaaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|