View: 1721|Reply: 16
|
Suami Tidur Sampai Lupa Ambil Anak Bini, Dah Terpaksa Minta Jiran Panjat Rumah
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Ekyn
Pasti ada di antara pembaca yang suaminya menjemput pulang dari tempat kerja. Kadang-kala pernah juga terjadi di mana si suami terlambat mengambil isterinya sehingga menyebabkan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya.
Kisah sama terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Ekyn. Menurut perkongsian wanita ini di akaun Tiktok miliknya, semuanya bermula ketika dia baru saja pulang dari tempat kerja dan terus menghubungi si suami untuk menjemputnya.
Namun, wanita ini berasa pelik kerana panggilannya langsung tidak dijawab. Hal ini menyebabkan dia terpaksa menunggu suaminya selama dua jam.
Oleh kerana terlalu lama menunggu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing, apatah lagi risau sudah terlambat untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh.
Setibanya di rumah, wanita ini terpaksa mengetuk pintu rumahnya berkali-kali, namun suaminya tidak membuka pintu. Akibat terdesak, dia terpaksa meminta bantuan jiran untuk memanjat kediamannya dan mengetuk tingkap bilik.
Rupa-rupanya, suaminya 'tidur mati' kerana kepenatan selepas pulang dari kerja.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya kaum wanita yang turut menceritakan kisah sama selain berseloroh mengenai 'perang dunia' yang bakal berlaku di antara Ekyn dan suaminya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang sekarang ni mmg semua benda wajib rekod ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bini baru nak up ni, mengapa takde pegang kunci rumah sendiri? Berat sgt ke nak bawak dalam beg? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni msti laki bini muda, yg laki plak boleh trlupa kat bini-anak, pelik. Msa brcinta smua ingt, dh khwin jdi lupa. Yikes. |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 20-6-2022 10:43 PM
Bini baru nak up ni, mengapa takde pegang kunci rumah sendiri? Berat sgt ke nak bawak dalam beg?
Sjenis hrap kn laki je kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kunci rumah korang ada satu je ke? Kalau suami pegang kunci, isteri tak ada kunci? Jangan terlalu mengharapkan orang walaupun suami sendiri. Kunci rumah kot. Setiap penghuni rumah patut ada satu dan bawa sentiasa kalau keluar rumah. Takut kalau ada apa-apa jadi. Kan dah susah kalau macam ni.
Kecuali si suami ni pakai kunci manual dari dalam, yang jenis selak tu, sebab tu tak boleh masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
bebal ke apa..
i tak dok rumah parents pun ada kunci rumah sorang satu tiap adik beradik..
ni kau yang sah-sah duduk rumah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku, memang tak lah nak tunggu sampai kul 7pm. Agak kul 6 centu xde update apa, terus ambik grab jemput anak. Kalau umah mak / adik beradik dekat, ko tumpang je semalaman biar bagi dia gelabah tupai. Bahaya wei tdo mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur tak jumpa suami tengah berselingkuh.. ko takde pegang kunci rumah sendiri ke cyct? Takde duit sgt ke nak buat pendua ekkk? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib jumpe suami tu hidup lg. klu meninggal mesti tulis cerita lain kan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang berharap pada yang tidur mati ni dah kenapa bawak ler kunci rumah sendiri tak ler susah macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
tengah kalut tengah nak marah pun sempat lagi record?
demi content ya |
|
|
|
|
|
|
|
pape wajib record duluuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 trfikir mcm mana dorang boleh apa2 hal nk rekod dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti, laki dia x buat apa2. Peluang buat content.
Boss aku yg tua bangka tu sll cakap kpd staff2 dia yg muda2.
Org lelaki minimum, tau masak nasik dgn goreng telur.
Org Perempuan, boleh bawak kereta sendiri. Lagi bagus kalau ada opis husband yg tau serba serbi tahu mcm dia. Gatai..boss ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
aikkkk????
ko tak pernah berumah ke selama ni????
kunci tak buat pendua kaaaaa?????
banyak betul pertanyaan |
|
|
|
|
|
|
| |
|