CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Tempatan] Kertas kerja kaji elaun sara hidup pelajar di UK sedang disiapkan

[Copy link]
Post time 21-6-2022 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-6-2022 09:33 AM

Kertas kerja kaji elaun sara hidup pelajar di UK sedang disiapkan



MAHDZIR Khalid (tengah) beramah mesra dengan waris-waris selepas merasmikan Mesyuarat PIBG ke-48 SMK Dato' Syed Ahmad di sini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN


  • Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
  • 20 Jun 2022, 8:25 pm


PADANG TERAP: Proses menyiapkan kertas kerja berkaitan kajian menambah kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom (UK) sedang dilakukan sebelum dibentangkan tidak lama lagi.

Langkah itu, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilakukan selepas menerima aduan mengenai peningkatan kos tersebut di negara berkenaan ketika ini.

“Saya telah berjumpa pelajar tajaan MARA yang rata-ratanya mohon supaya elaun kehidupan harian mereka ditambah sikit kerana kos sara hidup di UK semakin meningkat terutama membabitkan utiliti seperti bekalan elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

“Jadi Insya-Allah saya akan siapkan kertas kerja untuk diangkat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-48 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Ahmad, di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap mengulas hasil lawatan kerja ke UK selama tujuh hari pada minggu lalu.

Sebelum ini, satu memorandum berkaitan peningkatan kos sara hidup pelajar tajaan MARA di UK dikemukakan Kelab UMNO United Kingdom dan Ireland
Memorandum itu disediakan menerusi satu kajian khas yang dilaksanakan Kelab UMNO berkenaan membabitkan seramai 400 pelajar tajaan agensi itu dan juga agensi lain sebagai responden.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, pihaknya menerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sedia menjalin kerjasama dengan badan pelesenan antarabangsa berpangkalan di UK,
Institute of Railway Signal Engineers (IRSE) berkaitan sistem kawalan isyarat pengangkutan rel.

Katanya, kolaborasi itu dibincangkam dalam pertemuan beliau bersama pihak IRSE ketika berada di UK.- UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068733 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list