CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 4

[Tempatan] Menteri menterinya bila lagi akan dipenjarakan?

[Copy link]
Post time 21-6-2022 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-6-2022 09:44 AM

Bekas pembantu khas menteri dipenjara[size=14.399999618530273px][size=0.8]Jun 20, 2022 @ 3:42pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Eswadi didakwa meminta memasukkan nama bapanya, Abdul Rahim Ismail sebagai Pengarah Syarikat Azamat Hati Sdn Bhd bagi memohon permit bas. - Foto hiasan



PUTRAJAYA: Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepi sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah, berhubung permohonan permit bas daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), 20 tahun lalu.

Ini berikutan keputusan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang sebulat suara menolak rayuan dikemuka Eswadi Abd Rahim, 50, selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 21 Disember 2017.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Seri Mariana Yahya, berkata tiada sebab untuk mahkamah mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen terhadap perayu (Eswadi).

Eswadi yang diikat jamin ialah ahli perniagaan, pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi pertuduhan pertama, Eswadi didakwa meminta memasukkan nama bapanya, Abdul Rahim Ismail sebagai Pengarah Syarikat Azamat Hati Sdn Bhd bagi memohon permit bas daripada LPKP di No 276, Taman Medan Bercham, di Ipoh, pada Disember 2002.

Dia juga didakwa menerima suapan sebanyak RM6,000 yang dimasukkan melalui akaunnya di Bank Bumiputra Commerce cawangan Jalan Sultan Idris Shah sebagai dorongan untuk membantu Chin Ah Lek, bagi mendapatkan permit bas untuk syarikat Azamat daripada LPKP pada 17 Januari 2003.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 10 (A) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pada 25 Mac 2015, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama, manakala penjara dua tahun dan denda RM30,000 untuk pertuduhan kedua dan memerintahkan Eswadi menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika dia gagal membayar denda itu.

Mahkamah itu turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah, manakala peguam Datuk Shaharudin Ali mewakili Eswadi. – BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 05:39 AM | Show all posts
setahu aku , orang politik susah nak masuk penjara

sebab Malaysia ini dah serupa pusaka mereka sekeluarga

warga asing di beri ic hari ini untuk kelangsungan kuasa mereka TANPA mereka fikir tentang kesan masa depan negara Malaysia.


Allah sahaja boleh selamatkan negara kita

habisss sudah kedaulatan negara ini di rogol warga asing

yg tinggal hanya payung kuning itupun hanay untuk melindungi kaum kerabat mereka sahaja .

TAKZIAH .
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah..
Ni kambing hitam aja ni..
Takkan bengap sgt menteri tu tk tau pemandu nk buat dajal cmni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:49 AM | Show all posts
kj senyum sinis
boossku senyum sinis
jahid senyum sinis
yb abdoooolll ajis senyum sinis............................
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.747573 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list