View: 2638|Reply: 36
|
Pelanggan Muntah, Minta Air Kosong Restoran Tak Bagi- Kalau Nak Ambil Air Paip Tandas Atau Beli Air Botol RM23.50
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial mengenai nasib seorang pelanggan yang mendakwa menerima perkhidmatan teruk di sebuah restoran yang terletak di ibu kota.
Alex Hooi, 33, meluahkan rasa kecewa dengan servis dan layanan yang diberikan kepada dirinya dan lapan lagi rakan oleh pekerja di restoran tersebut.
Berkongsi pengalaman dengan mStar, Hooi berkata kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di sebuah restoran menjual makanan berasaskan piza ketika mereka makan malam.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/112226aenllellbdlc4lbg.png) Foto: mStar Online
"Saya dan kawan-kawan pergi makan dekat sebuah restoran ni. Saya tak berapa sihat malam tu, masa tengah makan tiba-tiba rasa nak termuntah jadi saya bangun dan pergi ke tandas.
"Saya minta isteri tolong jaga pintu sebab risau agak lama berada dalam tandas. Selepas saya bersihkan sendiri kawasan terkena muntah, saya keluar semula untuk dapatkan sedikit air. Saya cuba minta air suam untuk bersihkan tekak. Kata pelayan di situ mereka tak sediakan air suam kecuali air botol berjenama Solé L'Italiana berharga RM23.50 untuk 1 liter.
"Saya beritahu yang saya nak sedikit saja air tapi mereka tetap suruh saya beli juga air yang dijual. Pelayan tu cakap mereka tak ada air lain untuk diberikan pada saya," jelasnya.
Gagal mendapatkan air seperti yang dimahukan, Hooi kembali duduk di meja makan bersama rakan-rakan yang turut serta dalam majlis makan malam itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/112350r5l1kk8ekwy0y9un.png) Foto: via mStar
Katanya dia bernasib baik kerana dia akhirnya dapat juga meneguk sedikit air kosong apabila salah seorang rakannya ada membawa minuman yang diletakkan dalam botol.
Hooi turut mendakwa, setelah diberitahu mengenai kejadian itu kepada pengurus restoran, jawapan balas diberikan kepadanya amat mengecewakan.
"Lepas bayar makan malam berjumlah RM625.90, saya beritahu fasal saya muntah dekat pengurus restoran.
"Dia tak tanya pun mengenai keadaan saya sebagai pelanggannya atau makanan restoran yang mungkin jadi punca saya muntah.
"Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu. Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas," imbas Alex.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/22/112350a7plmhqhlppla2b7.png) Foto: via mStar
Enggan memanjangkan cerita, Hooi terus beredar dari premis itu sambil mengakui terkilan mendengar kata-kata pengurus restoran yang diucapkan terhadapnya sebagai pelanggan.
Malah, lelaki yang menetap di Taman Bukit Aman, Seri Petaling ini, bagaikan tidak percaya ayat itu dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar pengurus.
Berikutan perkongsian di Facebook yang tular, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.
Malah, warga maya turut menyatakan pendapat mereka dan beranggapan pekerja di kedai makan itu bersikap kurang sopan.
Dalam pada itu, satu kenyataan dikeluarkan oleh seorang pelayar Facebook dipercayai pengurus restoran itu.
Jelasnya dalam posting tersebut bahawa setiap kedai mempunyai peraturan dan cara mereka tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pelanggan.
Luahnya, kadang-kala dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pelanggan yang membuat permintaan tidak munasabah dan bertentangan dengan prosedur restoran. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
makan beratus-ratus, plain water rm23 pun kedekut nak bayar..
beli je la walau kau nak teguk sikit pun..
lebih angkut bawak balik..
tapi tengok bill, dorang memang makan takde order air ek..
or satu item dalam bill tu wine?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dia ada order air tu yg last sekali rm 47 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini normal ya for fine dining walaupun just serves pizza, gourmet pizza. They will not serve ayak masak. Dah tu kau tu makan sampai 600+ apalah sangat 23 ringgit emergency. Cina bukit dari Sri Petaling ni ish.. lain kali makan je kat pizza hut. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis kena minum kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-6-2022 12:03 PM
Ini normal ya for fine dining walaupun just serves pizza, gourmet pizza. They will not serve ayak m ...
Kan..bodo la cina jinjang ni..tak de duit pi la mkn kt kedai2 pizza biasa je.. Ni mesti jenis belagak |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak perna masuk restoran mahal makan beratus-ratus seperti ini, tapi restoran murah ni kalau emergency mcm tu tak ada hal minta air dekat dapur... tak tahu adakah ini satu peraturan di restoran itu mahal tak boleh bagi makanan selain dari yang telah ditetapkan takut mendatangkan keracunan. .. cuma itulah, sekurangnya kita semua dah tahu tak ada hospitality seperti restoran kecik atau biasa yang kita masuk di dalam restoran besar mcm ni... baguslah pelajaran untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
makan sampai ratus2 nak beli air pun berkira. tu muntah2 pun nak salakan restaurant, kang nnti restaurant bagi air masak ko muntah balik abis ko nak saman restaurant tu. pada aku restaurant tu buat menda betul dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi emang merengsakan yach dek setakat air masak tak ada sis. Akak syak theyols bancuh doh pizza theols jua pakai air de soil de ace ventura ittew yach sis? |
|
|
|
|
|
|
|
'sewaktu waktu dahulu'..pernh kerja kt klub eksklusif..ikut budi bicara selepas 'meneliti kesnya'( )...jika 'layak & berhak' pihak pengurusan akan bg... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada air panas je. Mau menggelupur klo bagi air panas. Haiyah kumur2 telan jelah air paip. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tmpt makan mahal ada SOP dia..
kalu bagi air kosong tkde dlm menu, jualan, pastu customer sakit/pengsan, pstu dh pulih dia saman berjuta2, sapa nk tanggung? pekerja tu dgn gaji minimum aja..lainla gaji dorg sebulan sejuta |
|
|
|
|
|
|
|
Air mineral GSC lagi murah. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 21-6-2022 09:25 PM
Rasa nya tidak ada law rrstaurant untuk serve air percuma hanya ikut restaurant owner....nasiblah jika hanya ada mineral water yang harga mahal saja... Memang kena beli lah.... Next time takut ter cekik mahu beli cheap mineral recce list minuman dahulu if ada spritzer.. Perrier or evian kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Tskpelah tak gi mkan kedai camni. Mkn kdai akak tomyam je lah. Air coway fee pun ado |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 22-6-2022 01:10 PM
Hatta Pizza hut pun jual air mineral je, takde plain water dalam gelas
Aiyooo dia ingat ni ...
Eh ya ke..i baru mkn kat pizza hut dungun minggu lps..dpt je sky juice 2 gelas tapi i beli juga mineral water sbb nak bg hati i tenang....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu ramai yang tak tahu mengenainya
|
|
|
|
|
|
|
|
mkn mahal mampu.. mineral ko x mampu pulak.. mmg la mhl hrga mineral water tu. tp klo da tdesak, x fkir da rsenye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|