CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2095|Reply: 21

[Tempatan] Ramai terkejut guru tadika dedah gaji cuma RM450

[Copy link]
Post time 22-6-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Ramai terkejut guru tadika dedah gaji cuma RM450

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ah-gaji-cuma-rm450/

Oleh KOSMO!
22 Jun 2022, 11:39 am


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai terkejut apabila seorang guru di sebuah tadika mendedahkah gajinya hanya RM450 sebulan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh individu berkenaan melalui pesanan mesej (DM) di Twitter pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

“Saya perlu pertolongan nak tanya orang ramai, normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ini?

“Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika yang saya tak mahu dedahkan namanya,” kata mesej tersebut.



Menurut guru berkenaan, dia perlu bekerja dari pukul 7.30 pagi ke 1 tengah hari dengan 19 orang pelajar dengan target yang tinggi untuk akademik, menghafal surah dan hadis.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan majikan guru tersebut dan meminta agar tadika itu dilaporkan kepada pejabat buruh.

“Boleh repot pejabat buruh, atau pihak berkuasa tertentu yang berkaitan. Ini penindasan,” kata Ali.

“Tak normal. Elok cari kerja lain takut bawa masalah jiwa pula nanti macam kemurungan,” kata Bahrudin.

“Kalau di Kelantan gaji dari RM650 ke RM700 dari pukul 7 pagi ke 7 petang. Bukan malas kerja tapi tak berbaloi. Jadi cikgu bukannya senang, lebih baik kerja kilang walaupun penat tapi berbaloi,” kata Rose.

“Sangat tidak normal. Ganjaran keikhlasan mendidik adalah antara kita dengan tuhan tetapi gaji bermaruah adalah hak pekerja dengan majikan,” kata Ahmad Fitri. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 12:49 PM | Show all posts
tulis terang2 ajala, wat pe nk takut

SEBUAH kumpulan yang menamakan organisasi mereka sebagai Hak Pasti telah melahirkan rasa kecewa terhadap pihak berwajib dan majikan di atas pengabaian untung nasib tenaga kerja rangkaian institusi seluruh negara institusi pra-sekolah milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dikenali sebagai PASTI.

Antara dakwaan Hak Pasti, tenaga kerja PASTI menerima gaji bulanan sebanyak antara RM400 dan RM600 sahaja, jauh lebih rendah dari amaun gaji minimum RM1,100 sebulan.

Selain itu, tenaga kerja PASTI tidak mencarum di KWSP dan Perkeso. Ini merupakan satu kesalahan majikan yang serius di sisi undang-undang.

Hak Pasti juga mendakwa tenaga kerja PASTI tidak dibayar kerja lebih masa. Lebih buruk lagi, kebajikan para kakitangan yang sakit tidak diambil peduli oleh majikan.
https://twitter.com/hakpasti
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:51 PM | Show all posts
melampaunya.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:53 PM | Show all posts
Mcm mana nak survive gaji 450. kalau student lepas spm tunggu keputusan mungkin bolelah, tetapi tetap ada kesalahan dan boleh kena hukum sebab tak ikut gaji min
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasti bkn tadika pas ke ..maaf klu salah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Last-last guna alasan kerja rendah tapi dapat pahala dan keberkatan dari tuhan. Cumanya nak beli barang keperluan tak boleh dibayar pakai tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Da mak bapak semua nk murah. Masa sedap x ingat. Kos anak sruh kerajaan tggung atau sruh org tu buat pahala
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi je la cari keje lain kt luar sana tu
Ko nk fight psl gaji pun,makan masa dan tenaga gak
Ujung2 x naik gak gaji..paling2 pun majikan kene denda je ponnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja sambil berjariah ke huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa klu gaji rendah pun tapi sediakan basic needs cth rumah..mkn....pekerja maybe xdelah nak merungut sgt tapi msia ni dah mcm indonesia dulu2 pula..yg kaya kaya sgt..yg miskin kesian x ckp belanja
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:36 PM | Show all posts
siannya...rendah sgt tu...keje jadi amah lagi tinggi gaji...bilik & food provided.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendah sgt gaji. Tak berbaloi. Cari la keja lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje cleaner kat umah flat pun lagi lumayan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
450. bhn basah pn mahal. gaji zaman bile ni. baik keje mekdi jela
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Maid jiran akak pun USD1000 per month
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik ko mengasuh anak org je. Sorang RM 500. 3 org dh 1500.. lg berbaloi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Memperdagangkan manusia....majikan mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn gaji minimum Rm1500 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, ko dtg KL je. Lepas tu ko sewa satu rumah flat jaga anak orang dari pagi ke mlm. Lg huntong dik. Kalo ko rajin cater utk yg keje shift juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:27 AM | Show all posts
ultra78 replied at 22-6-2022 01:00 PM
Last-last guna alasan kerja rendah tapi dapat pahala dan keberkatan dari tuhan. Cumanya nak beli bar ...

Benda sama jadi dekat member sekolah. Jadi bilal dekat masjid area Port Klang. Gaji basic mati RM1500 je, tu pun pasal kerajaan wajibkan. Kalau tak mampos gaji rm1200 je sebulan.
Dahlah masa PKP haritu kena perah kaw kaw jadi tukang urus mayat, takde bayar elaun lebih langsung. Tiap hari kena pakai PPE panas tu. Bila tanya kenapa tak mintak elaun lebih ke gaji naik ke, dia kata pengurusan takde dana lebih. Siap nasihat ni fardhu kifayah, jangan berkira, semua ni fisabilillah.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 1.494194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list