CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 2

[Tempatan] Ugut tembak dan rogol, tukang cat didenda RM4,000

[Copy link]
Post time 23-6-2022 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Ugut tembak dan rogol, tukang cat didenda RM4,000


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi TikTok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas Sheikh Bilal Ahmed, 25, yang mengaku bersalah mengugut Muhammad Adnan dengan memuat naik video di aplikasi TikTok dan mengatakan dalam bahasa Pakistan untuk menembak ahli keluarga dan merogol kakak mangsa.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di sebuah restoran di Jalan Ipoh Chow Kit di sini pada 17 Jun lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 507 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan serius.

Peguam Muhammad Syafiq Salleh yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan anak guamnya gagal mengawal emosi akibat tertekan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada mangsa setiap hari selama empat tahun.

"Mangsa setiap hari mengutip wang secara salah terhadap tertuduh. Apabila tertuduh pulang ke rumah, lelaki itu akan berada di hadapan rumahnya dan meminta sebahagian wang perlindungan.

"Ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepadanya. Anak guam saya memohon maaf atas perbuatannya dan berjanji kesalahan itu tidak akan berulang," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cat-didenda-rm4000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 11:06 PM | Show all posts
babik nye gambar hiasan........

btw mamat pakistan nie kena pau dgn melayu nie...lahabau nye melayu dh sng keje ko eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:26 PM | Show all posts
dan mengatakan dalam bahasa Pakistan untuk menembak ahli keluarga dan...

No such thing as bahasa Pakistan lah. Ko ingat ini Indon ka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070198 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list