BENTONG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Pengangkutan berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang amat berpatutan.
Perdana Menteri berkata, tambang itu seharusnya seperti kadar tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTM yang mesra rakyat.
"Sebelum ini sudah ada di media sosial memperkatakan tambang ECRL akan mahal. Ini adalah fitnah," katanya pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada perasmian Permulaan Pengorekan Terowong Genting ECRL Pahang di ECRL Genting Terowong Bukit Tinggi. - Foto NSTP/ Fariz Iswadi Ismail
Terowong Genting ECRL Pahang di ECRL Genting Terowong Bukit Tinggi. - Foto NSTP/ Fariz Iswadi Ismail