View: 3187|Reply: 33
|
[Politik]
Khir Toyo, Zaharah diarah lantik hakam Islah kes cerai
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/WhatsApp-Image-2022-06-27-at-11.48.59-AM.jpeg)
Mohamad Khir dan peguamnya, Elly Jasmin (kanan) semasa ditemui pemberita selepas prosiding kes permohonan penceraian daripada Zaharah.
Khir Toyo, Zaharah diarah lantik hakam Islah kes cerai
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zaharah Kechik diperintah oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini bagi melantik hakam Islah bagi kes perceraian mereka.
Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan kedua-dua pihak terlibat.
“Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah manakala defendan (Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (perceraian itu).
“Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik hakam Islah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan,” katanya.
Terdahulu, Mohamad Khir dan Zaharah masing-masing berusia 57 tahun tiba di mahkamah itu dengan peguam, kira-kira pukul 9 pagi.
Sementara itu, peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr. Mohd. Zaidi Md. Zain berkata anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Februari lalu.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... am-islah-kes-cerai/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tetiba keluar cerita nak cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
Ait masing2 sehati sedansa seiring sejalan cucuk muka pon leh cerai. |
|
|
|
|
|
|
|
jarang orang bercerai in 50s...normally 40s gituuu mid life crisis
tu lah sama2 cucuk pipi pun x ngam |
|
|
|
|
|
|
|
Eh khir toyo ni bkn ada bini muda ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kira nya pakcik tempe nie ada 2 isteri, baru ku tahu Awat baru isteri 1st nak cerai kalau dah lama ada isteri muda? |
|
|
|
|
|
|
|
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, memerintahkan Dr Mohamad Khir Toyo dan Zaharah Kechik untuk melantik Hakam Islah bagi kes permohonan perceraian oleh isteri bekas Menteri Besar Selangor itu.
Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar membuat keputusan itu selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan pasangan berkenaan.
"Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah, manakala defendan (Dr Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (permohonan perceraian) itu.
"Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik Hakam Islah, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan," katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Saman Apandi terhadap Tun M diselesaikan secara baik
'Bukan menyuarakan kerisauan prosiding kes jenayah' - Ahmad Zahid
Permohonan Najib gantung prosiding saman sivil SRC ditolak
Ismail Sabri dapat perintah ad-interim terhadap portal Agenda Daily
Terdahulu, Dr Mohamad Khir dan Zaharah yang kedua-duanya berusia 57 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam pada jam 9 pagi.
Sementara itu peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 24 Februari lalu.
"Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini mendapati berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga kedua-dua pihak.
"Oleh itu, anak guam saya dan defendan perlu melantik Hakam Islah, iaitu wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahkan laporan kepada mahkamah," katanya.
Peguam mewakili Dr Mohamad Khir, Siti Elly Jasmin Aminuddin pula memaklumkan pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh ditetapkan itu.
"Satu perbincangan akan turut dilakukan antara Hakam-hakam Islah pada hari berkenaan.
"Sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu shiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir mendakwa dirinya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai suami sejak 30 tahun lalu, dan beliau hingga kini tidak mempunyai sebab untuk menceraikan Zaharah.
"Beliau meminta cerai. Justeru, saya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan," katanya kepada pemberita selepas prosiding

"Beliau meminta cerai. Justeru, saya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan," katanya kepada pemberita selepas prosiding |
|
|
|
|
|
|
|
Khir toyo mb sgor plg x guna i pernah bekerja dgn...dahlah membongkak je masa keje..menyampah..mmg sbb kau aku tukar keje |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya nak cerai juga si zaharah ni
X silap kaka si khir ni pun dah bercerai kot dgn sorg muallaf juga, kaka x pernah jumpa tp pernah ckp kt phone coz boss suruh bg tunjuk ajar dan agak garang jugalah tt lady ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya title ni takde backup eh? Biasa orang kalau ada Dato Sri adalah juga Dato sebelum upgrade.
Ka Sultan Selangor tarik semua.
Mujur juga lah ada degree doktor gigi.
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 27-6-2022 04:18 PM
Ya dgn Amoi, kabarnya
Amoi ke nyonya? anak tokey yg bantu wak toyo masa mula2 join politaik kot? |
|
|
|
|
|
|
|
takayama replied at 27-6-2022 05:21 PM
akhirnya nak cerai juga si zaharah ni
X silap kaka si khir ni pun dah bercerai kot dgn sorg muallaf ...
Oh dia dah bercerai juga dgn second wife dia yg dia kawen lps dia keluar penjara tu?
Patutlah x nak lpskan bini tua. Kang sepi kena download Omi plak.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
x sangka pulak akan bercerai..teringat tahun 2000 dulu, masa heols tetiba dilantik jadi MB..org pakat terkejut..sbb masa tu mcm agak panas gak la teka teki sapa akan jd MB..heols yg x glemer tetiba dpt jadi MB..siap ada kartun kat sokkabar, ada durian jatuh, 2 orang tggu nak amik durian tu, tapi bergolek ke kartun rupa khir toyo..hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
takayama replied at 27-6-2022 05:21 PM
akhirnya nak cerai juga si zaharah ni
X silap kaka si khir ni pun dah bercerai kot dgn sorg muallaf ...
Siapa garang? Zaharah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah masuk kes laki pukul bini yg.mengancam nyawa tu juga dinamakan Jawatankuasa Pendamai juga ka? Lebih sesuai pakai nama JK Penampar atau JK Penumbuk je. Tak pun tampar lobai2 pejabat igama/mahkamah.syariah ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 27-6-2022 10:13 PM
Oh dia dah bercerai juga dgn second wife dia yg dia kawen lps dia keluar penjara tu?
Patutlah x na ...
rasanya lah x silap seblm Covid melanda dulu
Kaka terkejut bila tgk dokumen ms tu dia bini pd mat tempe ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|