CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3524|Reply: 44

Pelajar Tingkatan Empat Mati Ditekup Bantal Oleh Kekasih Penganggur

[Copy link]
Post time 27-6-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
KLANG – Hubungan percintaan seorang pelajar perempuan dengan seorang penganggur berakhir dalam keadaan tragis apabila mati ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran di sini, semalam.


Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku selepas mangsa berusia 16 tahun telah dibawa kekasihnya berusia 24 tahun ke rumahnya menggunakan Perodua Myvi.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian tersebut terbongkar apabila suspek berusia 24 tahun telah mengetuk pintu bilik tidur ibu bapanya selepas mengangkat mangsa dari biliknya ke halaman rumah.




Gambar Hiasan




Katanya, semasa kejadian terdapat seorang lagi abang suspek yang tidur di rumah mangsa dan tiada bunyi bising didengari ahli keluarga suspek semasa berlakunya kejadian pembunuhan tersebut.


“Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis.


“Pegawai Perubatan yang kemudiannya tiba ke lokasi kejadian telah mengesahkan kematian mangsa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.


Kata beliau, berdasarkan siasatan mendapati mangsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya selepas ibu bapa mereka bercerai.


Ujar Hoong Fong, siasatan lanjut mendapati suspek dan mangsa telah bercinta selama setahun dan diketahui antara keluarga masing-masing.


“Berdasarkan siasatan awal berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa di bilik tidur tersebut dan suspek juga pernah membawa mangsa ke rumahnya beberapa kali sebelum ini,” jelasnya.


Tambah beliau, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher.


Tegasnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup.


“Suspek yang ditangkap di lokasi kejadian kini direman sehingga 3 Julai ini dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.


Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 02:44 PM | Show all posts
gila

tak pasal2 melayang nyawa anak orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 02:44 PM | Show all posts
dah mcm laki bini pulak,gaduh2 dlm bilik pastu bunuh,
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Not married but stay together
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula baca konfius, rupanya dok sekali . Beraninya pompuan tu 16 thn dah duduk dgn org luar, tak keje pulak tu.
Ce baca porum ni punya banyak cerita, baru ko tau dunia ni menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sekolah ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2022 03:17 PM | Show all posts
ada ic biru tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:38 PM | Show all posts
glump: Not married but stay together

yang perempuan tu cina. lelakki tu x pasti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 07:27 AM | Show all posts
Semoga pelaku ke tali gantung!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
tak brp nak faham, budak perempuan ni duduk rumah bf dia ke? sebab ketuk pintu bilik mak bapak suspek dan abg suspek pun ada

gilalah duduk serumah sebilik ke tu, moga dpt pembalasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 28-6-2022 08:00 AM

Dah kenapa nak ckp naik myvi ke rumah?

Ckp psl myvi baru sat2 kena hon dgn king nih..

Eh eh... kalau org situ mmg fhm je la kuar stesen minyak yg berkenaaan mmg ada kemungkinan nk uturn dpn sinun. Bodow gilak. Yg ko hon aku dah kenapa? Kau tak tahu ka yg aku ni ratu hon koh2... mmg lawan hon balik. Ko ingat ko je ada hon
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:00 AM | Show all posts
wey...mmg rosak ke ape budak tu..2 pg ngikut jantan smpi ke bilik ke cane...kalau idak camne ade bantal tekup muka..ok fine kalau tekup bantal kusyen dlm kete pon,2 pg kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:29 AM | Show all posts
Jom hencap wartawan C- punya karangan

benda ni happened in Klang, rumah boifren yes? sebab mangsa tinggal di Puchong

apahal pulak abg saspek pi tidur di rumah mangsa? dan tiba2 ahli keluarga mangsa yg terkejut dan telefon polis

Ka wartawan pun tak pasti siapa yang mangsa



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt TV, paper, tutup rapat bangsa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 28-6-2022 07:54 AM
tak brp nak faham, budak perempuan ni duduk rumah bf dia ke? sebab ketuk pintu bilik mak bapak suspe ...

I rasa depa dating kemudian bf ajak balik rumah...senang nak beromen... Tp masa beromen tu bf ajak main cucuk2 pulak tapi gf dia tak nak..ala2 virgin mungkin so bf bengang la...
Dah bengang gaduh2 kemudian bf tu paksa juga gf dia ugut nak menjerit supaya parents bf terjaga dan kantoi la... So bf pun tekup bantal kat muka gf tu bagi senyap tapi terus mati...
Dah mati takut kantoi bawa gf masuk bilik, si bf tu angkat la gf dia letak luar...konon2 gf mati depan rumah...tapi tetap kantoi juga maka terpaksa la citer betul kat polis..

Speku i la dari pengaruh drama csi, law
& order, 911 etc..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:36 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-6-2022 09:29 AM
Jom hencap wartawan C- punya karangan

benda ni happened in Klang, rumah boifren yes? sebab mangsa t ...

Poning baco, halim puter alam sungguh. So kronologi awek tinggal dengan boipren. Dalam rumah boipren ada abang & parents boipren. Tah ape digaduhnya, ditekup muka awek dengan bantal sampai mati. Abang kepada boipren kata tak dengar apa2. Awek pon bingai, dengan boipren takde keje, at least mak membirah pon, jadi la call girl, dapat jugak sambar orka. Nak2 sheolss cainis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 09:38 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 28-6-2022 09:31 AM
I rasa depa dating kemudian bf ajak balik rumah...senang nak beromen... Tp masa beromen tu bf ajak ...

Iolls nak speku tengah sedap mengeseks, awek dok moaning2. Takut parents dengar, ditekup muka awek dengan bantal. In this case, kena tunggu siasatan sama ada terdapat kesan koyakan di vagina atau tidak huhu

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 28-6-2022 07:59 AM
Dah kenapa nak ckp naik myvi ke rumah?

Ckp psl myvi baru sat2 kena hon dgn king nih..

Uols tukar la hon telolet
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kinky sex gone wrong ke apa? Romen main tekup2 muka Ngan bantal sampai meninggal?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 28-6-2022 09:38 AM
Iolls nak speku tengah sedap mengeseks, awek dok moaning2. Takut parents dengar, ditekup muka awek ...

Oh okay....i nak juga bersangka baik gf tak nak mengeseks dgn bf dia...Takpe, kita tunggu update seterusnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list