CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 2

[Dunia] Wanita dapat semula bagasi hilang selepas 3 tahun

[Copy link]
Post time 27-6-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode

Khadija kehilangan bagasi miliknya di lapangan terbang Islamabad pada 2018 bersama-sama dengan beberapa barangan berharga miliknya. – India Today

Wanita dapat semula bagasi hilang selepas 3 tahun

ISLAMABAD, PAKISTAN – Seorang wanita di Pakistan tidak menyangka akan mendapat kembali barangan berharga miliknya yang  hilang selama tiga tahun selepas kehilangan bagasi di sebuah lapangan terbang, lapor majalah India Today semalam.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita bernama Khadija itu berkata, dia kehilangan bagasi miliknya di Lapangan Terbang Islamabad pada 2018.

Bagasi tersebut berisi iPad, peranti bacaan elektronik dan cakera keras yang mengandungi seluruh salinan data pada telefon bimbitnya.

“Tiga tahun kemudian iaitu pada 2021, ketika saya sudah melupakan insiden kehilangan bagasi itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang pemilik kedai di Jehlum,” katanya.

Menurut Khadija, individu berkenaan menemui barangan tersebut dan membuka cakera keras miliknya bagi mencari nombor telefon untuk menghubunginya.

“Saudara lelaki saya kemudian pergi ke Jehlum untuk mengambil kembali barangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan.
“Dia tinggal di sebuah perkampungan kecil, mempunyai kedai yang kecil dan hidup dalam kemiskinan. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk memulangkan barangan tersebut kepada pemiliknya,” ujarnya.

Hantaran itu menjadi tular dengan pengguna memberi pendapat bahawa masih ramai individu yang baik hati wujud di dunia ini.

“Kejadian ini membuatkan saya ingin percaya kepada semangat kemanusiaan. Ia amat jarang, namun masih berlaku.

“Semoga lelaki tersebut mendapat apa yang dia inginkan serta sentiasa gembira dan aman,” kata seorang netizen. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ng-selepas-3-tahun/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 08:40 PM | Show all posts
alhamdulillah...selamat sampai ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:49 PM | Show all posts
Akhirnya dapat juga jumpa bagasi tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.291499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list