CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 13

[Tempatan] MTUC: Jika nak 4 hari kerja dalam seminggu kena kerja 12 jam setiap hari

[Copy link]
Post time 27-6-2022 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Kerja 12 jam sehari jika 4 hari bekerja
Oleh Ahmad Suhael Adnan - Jun 24, 2022 @ 2:37pm

KUALA LUMPUR: Tempoh bekerja bagi pekerja negara ini mungkin perlu dipanjangkan sehingga 12 jam sehari sekiranya Malaysia melaksanakan dasar empat hari bekerja dalam seminggu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata tempoh itu perlu dipanjangkan bagi memenuhi keperluan waktu bekerja selama 45 jam seminggu seperti diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.

Beliau juga berpandangan, pelaksanaan dasar empat hari bekerja seminggu mungkin kurang praktikal memandangkan tempoh bekerja lebih panjang dalam sehari berisiko menjejaskan produktiviti pekerja.

"Pindaan Akta Kerja 1955 yang memendekkan tempoh bekerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam akan mula berkuat kuasa September depan.

"Ini bermakna jika kita melaksanakan dasar empat hari bekerja seminggu, waktu bekerja perlu dipanjangkan kepada 11 jam setengah hingga 12 jam tidak termasuk kerja lebih masa bagi memenuhi tempoh kerja 45 jam seminggu.

"Persoalannya, jika waktu bekerja harian dipanjangkan sehingga 12 jam, adakah kita boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja? Saya berpandangan ia akan menurun. Kerajaan, majikan dan kumpulan pekerja perlu berbincang dan menjalankan kajian terperinci jika mahu melaksanakan dasar ini," katanya kepada BH semalam.

Selasa lalu, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati 62 peratus pekerja sepenuh masa di negara ini lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Kebanyakan responden percaya, bekerja empat hari seminggu meningkatkan keseimbangan hidup bekerja (86 peratus), kesejahteraan mental (82 peratus) dan produktiviti (83 peratus) selain membuatkan mereka rasa lebih setia kepada majikan.

Namun, pakar ekonomi berpandangan Malaysia belum bersedia melaksanakan dasar tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju berikutan faktor produktiviti yang rendah serta struktur ekonomi yang berteraskan buruh.

Mohd Effendy berkata, pihaknya berpendirian pelaksanaan dasar seumpamanya bergantung kepada keperluan industri memandangkan tidak semua industri dan pekerjaan sesuai melaksanakan dasar bekerja empat hari seminggu.

"Sebarang kajian mengenai dasar itu tidak wajar membuat perbandingan antara Malaysia dengan negara Eropah kerana peraturan tempoh maksimum bekerja dalam seminggu yang berbeza.

"Negara Eropah menetapkan tempoh bekerja antara 35 hingga 40 jam seminggu, sedangkan kita baru memendekkannya kepada 45 jam seminggu, jadi pelaksanaan dasar empat hari bekerja di Eropah tidak sama dengan Malaysia," katanya.

Mengenai saranan supaya majikan melaksanakan waktu bekerja anjal atau dasar bekerja secara hibrid iaitu bergilir antara Bekerja Dari Rumah (BDR) dan pejabat, Mohd Effendy berpandangan ia wajar dilaksanakan menerusi perbincangan antara pekerja dan majikan.

"Ada industri yang boleh bekerja secara hibrid, namun ada yang memang tidak boleh langsung BDR. Kerja pentadbiran mungkin sesuai berbanding yang bekerja di lapangan.

sumber: bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam 12 jam tu, berapa jam mengular?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:50 AM | Show all posts
aku dah lama keje more than 12 hours everyday...  weekend pun kena keje...  nak2 masa pkp start, lagi horror...  siang malam weekday wekend keje cam orang gila...  hahaha...  so aku tak heran kalau syarat kata kena 12 jam untuk dapatkan 4 hari seminggu bekerja...  cuma harapnya jumaat sabtu ahad tak dikacau la melainkan betul2 emergency dan diperlukan (which i doubt...  hahaha)...  tapi aku prefer lagi wfh sebab kalau boss meroyan, bukan depan2...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:48 PM | Show all posts
Boleh je kerja 12 jam, janji 4 hari je kerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat yindia deme pun dah start 4 hari x 12hrs/day tp kn potong gaji, n caruman mcm epf tu extra.. ntah naper citer umah yindia ni lalu lalang nf fb meols lately
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:54 PM | Show all posts
ahhahahahaha .. padan muka org mesia ni
lemak sesangat ...
keje sikit komplen je lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 01:56 PM | Show all posts
Pergi dengan bulan balik dengan bulan kalau 12 jam kerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kena paham konsep 12 jam tu, so kena masuk kul 9am, balil kul 11 pm kut sbb rehat lunch sejam, dinner sejam.. mampooo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 02:03 PM | Show all posts
Mana mahunya kena balik lambat.  Ikut jadual sekarang ni pun ramai dah nak cabut awal.  Alasan nak ambik anak sekolah nak ambik anak kat pengasuh lambat kena bayor lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:33 PM | Show all posts
Edited by matseh at 28-6-2022 02:42 PM

48 hours 4 days too much aku rasa. Kalau yg bujang2 ni x der la masalah. Yg ada famili mcm mana.
Sek anak2 lagi.
Masa kerja kena kurangkan kpd 36/week. In the long run, akan melestari negara kita.
Pekerja happy, produktiviti meningkat, majikan happi, untung bertambah. Win2 kpd semua.
Less vehicle di jalan, less energy used. Will lead to less polution.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:38 PM | Show all posts
sesuai di negara yg mempunyai waktu siang yang panjang berbanding malam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:41 PM | Show all posts
tak setuju. kami nak WFH@BDR
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:15 PM | Show all posts
nak balik kul 5 pm, kena masuk kul 5 pagi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:10 PM | Show all posts
orang malaysia sememangnya rajin belaka kerja 24jam 7 hari seminggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049967 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list