View: 939|Reply: 11
|
[Tempatan]
Pulis siasat Mee segera perisa daging babi sebagai hadiah derma darah anjuran (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
[Copy link]
|
|
BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.
“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya.
Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.
BH |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah, tiada tindakan punya, itu pasal mata sepet berani, dia pedulik apa ko Islam ke bukan |
|
|
|
|
|
|
|
babi punya penderma megi babi |
|
|
|
|
|
|
|
Nora Ismail?
Macam nama kawan iols ringkas je nama dia Nora binti Ismail. |
|
|
|
|
|
|
|
NGO apa tu?
Kenapa bagi maggi eh?
Sbb senang masak dan makan eh?
Kdg hairan la ngo ni bg hamper makanan maggi... Bagi la beras 2kg ke, kicap botol kecik ke, roti2 ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultanah Nora binti Tengku Ahmad, isteri kepada Almarhum Sultan Ismail. Kiranya, Sultanah Nora ni nenda tiri kepada Sultan Ibrahim, Sultan Johor sekarang. Adinda Sultanah Nora ni, Sultanah Zanariah pula kahwin dengan anakanda Almarhum Sultan Ismail, iaitu almarhum Sultan Iskandar. Pendek cerita, adik beliau kahwin dengan anak tiri beliau.
Sultanah Nora & Sultanah Zanariah ni kerabat Kelantan.
Sultanah Zanariah dah mangkat.
Masa awal PKP tahun 2020, iols ada la jumpa dengan Sultanah Nora di JB. Masih sihat. Tuanku berkenan bagi sedikit kurniaan kat iols time tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lain kali bg la megi perisa ayam babi, 50% halal baru la tak jadi issue |
|
|
|
|
|
|
|
Masih x fhm2 sensitiviti masyarakat Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mmg sengaja NGO tu buat gitu…jenis x peduli… |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 28-6-2022 10:41 AM
lain kali bg la megi perisa ayam babi, 50% halal baru la tak jadi issue
Kohkohkohkohkoh ini kelakar, brosis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|