View: 615|Reply: 2
|
Musim Hujan Berakhir Tiba-tiba Di Jepun
[Copy link]
|
|
Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin, suhu tinggi dijangka direkodkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/28/142300v5c0j626yte6p0z2.jpg) Foto: Nikkei Asia
Agensi cuaca memberi amaran bahawa "musim hujan berakhir lebih cepat daripada biasa tahun ini" dan ramai dijangka mengalami strok haba akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik yang tiba lebih awal.
Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan.
Pada kebiasaannya, musim hujan berakhir pada pertengahan hingga akhir Julai.
Menurut Sputnik, penyiar Awam NHK memetik pegawai cuaca sebagai berkata bahawa suhu akan meningkat ke paras tertinggi dalam dua minggu akan datang.
Suhu meningkat kepada 35 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari lalu.
Pegawai itu berkata tempoh hujan yang singkat ditambah dengan cuaca panas melampau boleh mengancam bekalan air negara.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
jepon sgt peka dgn cuaca ya. almost everyday tgk ramalan cuaca dan bersedia utk hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Australia lagilah. Radio tak putus2 update suhu macam RTM update pukul berapa sekarang. Segmen ramalan cuaca dalam berita antara segmen yang ditunggu2 During transition period, season can change in a day.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|