CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 2

[Tempatan] Pulau Batu Puteh: Dia sultan, bukan hakim - Mahathir. #2, Dr M keluar majlis sebagai protes buat Apandi. #3, Apandi tiada, saya sedia cerita perkara sebenar – Tun M

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-6-2022 06:44 AM

Pulau Batu Puteh: Dia sultan, bukan hakim - Mahathir

https://www.malaysiakini.com/news/626327

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Jun 28, 2022 1:55 PM⋅
Dikemaskini: 2:11 PM


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar boleh menyalahkan sesiapa sahaja dalam isu pembatalan rayuan terhadap keputusan kes pertikaian Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Dia nak salahkan siapa pun boleh, tapi dia bukan hakim.

“Dia sultan,” kata Mahathir, yang menjadi perdana menteri ketika kerajaan membatalkan rayuan itu pada 2018.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan kerajaan Johor menyalahkannya susulan keputusan itu.


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor dua minggu lalu bertitah bahawa baginda kecewa dengan keputusan kerajaan pusat membatalkan rayuan tuntutan Batu Puteh.

Baginda bertitah, “perdana menteri ketika itu”membuat keputusan sendiri dengan mengarahkan peguam negara bercuti dan tidak merujuk dengan Johor walaupun keputusan itu membabitkan tanah dan kedaulatan negeri.

Sementara itu, bercakap ketika memulaukan inkuiri pasukan petugas khas Pulau Batu Puteh di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata dia tidak dapat mengulas panjang kenyataan baginda.

“Dia boleh bagi pendapat dia. Di negara kita ini sultan bebas, dia above the law (lebih tinggi dari undang-undang). Dia boleh kata apa pun, saya tak boleh jawab.

“Tapi dia boleh kata apa yang dia suka,” kata Mahathir.

Mahathir bagaimanapun membangkitkan isu “jualan 1,700 hektar tanah kepada China” dan projek di Bandar Maharani.

“Dengan kadar (jualan) ini tidak akan ada lagi Johor,” katanya kepada pemberita.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2022 02:34 PM | Show all posts
Dr M keluar majlis sebagai protes buat Apandi

https://www.malaysiakini.com/news/626323

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Jun 28, 2022 1:30 PM⋅
Dikemaskini: 2:12 PM



Dr Mahathir Mohamad pagi ini keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), tempat dia sepatutnya diwawancara oleh panel salah laku tort berkaitan isu kedaulatan Pulau Batu Puteh, sebagai tanda protes terhadap bekas peguam negara Apandi Ali.

Bekas perdana menteri berbuat demikian kerana panel itu masih diketuai Apandi, yang menurut Mahathir mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

Mahathir, anggota parlimen langkawi, tiba di AGC di Putrajaya pada jam 9.40 pagi tetapi keluar dari situ selepas mengetahui tiada perubahan pada jawatan pengerusi panel.

“Saya tidak akan hadir sesi inkuiri ini kerana kita dah tulis surat pada pejabat, ingin tahu kenapa Apandi Ali dipilih jadi pengerusi,” katanya.



“Apandi terlibat dalam kes ini. Dia tak patut jadi pengerusi. Dia patut jadi saksi.”

Bercakap kepada pemberita ketika hendak beredar, Mahathir juga berkata perkara itu sebagai tidak masuk akal.

Menurut peguam Mahathir, kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyemak semula isu perundangan berkaitan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh, dekat Johor.

Pasukan itu antaranya akan menyiasat kemungkinan terdapat salah laku Mahathir pada 2018 ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya ketika itu menarik balik rayuan dalam kes perebutan pulau itu dengan Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2022 02:43 PM | Show all posts
Apandi tiada, saya sedia cerita perkara sebenar – Tun M

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... kara-sebenar-tun-m/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
28 Jun 2022, 2:16 pm


Tun Mahathir ketika bercakap kepada pemberita selepas hadir bagi sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance di bawah pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Jabatan Peguam Negara, di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamed bersedia mendedahkan semua perkara sebenar sekiranya Tan Sri Apandi Ali tidak mempengerusikan jawatankuasa pasukan petugas khas mengkaji Isu Batu Puteh atau Pedra Branca.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berkongsi cerita sebenar dan beri semua maklumat yang diperlukan kerana ramai yang beri maklumat salah.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, beliau juga tidak akan menjawab sebarang soalan selagi ada Apandi atau mana-mana pihak yang terlibat dengan kes itu.

“Penglibatan Apandi dalam jawatankuasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia hanya layak menjadi saksi. Ini semuanya mengarut.

“Apandi perlu ditukar, saya tidak kisah sesiapa pun menjadi pengerusi tetapi seseorang itu mestilah tiada kepentingan ataupun orang baharu dan tidak berpihak kepada sesiapapun,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance di bawah pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Beliau memaklumkan kehadirannya adalah susulan permintaan pejabat Peguam Negara bagi menghadiri sesi inkuiri untuk membantu siasatan Pulau Batu Puteh

Tun Mahathir berkata, kehadirannya ke pejabat Peguam Negara juga adalah bagi mendapatkan penjelasan selepas tiga kali surat meminta penjelasan dihantarnya tidak dibalas.

“Apabila saya hadir dan mereka mengatakan Apandi masih pengerusi sedangkan dia terlibat dalam kes ini maka Apandi sepatutnya menjadi saksi.

“Saya tidak akan menjawab sebarang soalan dan jika mereka menjawab surat saya mengenai status Apandi, sudah pasti saya tidak akan datang hari ini sekiranya tahu Apandi masih pengerusi jawatankuasa itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044264 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list