CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua PPS di Baling ditutup

[Copy link]
Post time 12-7-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling sedang membersih tandas dan persekitaran Surau An-Nur Taman Mesra Kupang selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang hari ini. FOTO SAFURI KAMARUDIN

Baling: Semua mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau An-Nur, Taman Mesra, Kupang dan PPS Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Bagaimanapun, 61 mangsa membabitkan 17 keluarga masih berada di PPS Sekolah Menengah Jerai.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, mereka dibenarkan pulang kerana keadaan pulih dan rumah mereka dibersihkan.


Beliau berkata, mangsa yang masih berada di PPS Sekolah Menengah Jerai tidak dibenarkan pulang kerana rumah mereka tidak selamat dan masih dalam pembersihan.

"Rumah mereka teruk kerana penuh dengan sampah sarap dan selut memakan masa untuk dibersihkan," katanya.

Penutupan dua PPS itu dilakukan oleh Pegawai Daerah Mohd Shahadan Abdullah selepas menerima laporan keadaan selamat untuk mangsa pulang ke rumah.

Rasidah berkata, pihaknya terus memantau bagi memastikan keadaan selamat sepenuhnya dan mangsa perlu berpindah segera ke PPS sekiranya hujan lebat dan air naik semula ke penempatan mereka.

"Anggota terus berada di Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) untuk menerima panggilan dan menyemak data," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-di-baling-ditutup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044443 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list