CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan perlu campur tangan kurangkan risiko bekalan air di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-7-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Muda di Kedah membekalkan 80 peratus air mentah kepada PBAPP setiap hari. - Foto internet

GEORGETOWN: Kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berharap Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air membabitkan Sungai Muda yang menjejaskan perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, berkata lebih 80 peratus air mentah diambil setiap hari oleh PBAPP datangnya dari Sungai Muda, justeru sebarang kejadian membabitkan sungai itu menjejaskan perkhidmatan bekalan air kira-kira 80 peratus penduduk dan perniagaan berpusat di negeri itu.

"Kesan banjir kilat di Baling, Kedah, baru-baru ini membuktikan bahawa ini adalah fakta. Pada 6 Julai lalu, air banjir menyebabkan kekeruhan air mentah dari Sungai Muda tiba-tiba meningkat sehingga 3,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit).

"Kekeruhan air Sungai Muda terlalu tinggi sehingga memaksa PBAPP menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. Penutupan LRA terbesar dan terpenting di Pulau Pinang itu menjejaskan perkhidmatan bekalan air di sini selama enam hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Untuk meminimumkan risiko berulang, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan Lembaga Lembangan Ulu Muda (UMBA) untuk memulihara, mengurus dan melindungi seluruh lembangan Sungai Muda sebagai aset air di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Bagi tujuan membangunkan NCER, beliau berkata, tumpuan perlu diberikan kepada sumber air kerana masalah bekalan air tidak baik untuk perniagaan dan akan menyebabkan penderitaan berjuta-juta orang.

Selain itu, katanya, Kerajaan Persekutuan juga perlu mempercepatkan penyiapan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak, menghentikan pembalakan di Ulu Muda serta menghalang Kedah daripada melaksanakan projek lapangan terbang Kulim dan cadangan perlombongan unsur nadir bumi. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ekalan-air-di-pulau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list