View: 469|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Pembeli tahu... hanya ambil dua atau tiga peket sahaja'
[Copy link]
|
|
OMAR Shaifuddin Isa menyusun minyak masak peket di kedainya di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
Kuala Terengganu: Pemansuhan subsidi bagi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) menyebabkan kebanyakan pengguna di negeri ini beralih kepada minyak masak peket.
Permintaan tinggi yang diterima memaksa peniaga mengehadkan jualan minyak masak bersubsidi itu kepada dua hingga tiga peket sahaja bagi setiap pelanggan.
Bagaimanapun, ada juga peniaga di Pasar Besar Kedai Payang memaklumkan pembeli lebih bertanggungjawab dan membeli mengikut keperluan mereka sahaja.
Peniaga, Omar Shaiffudin Isa, 55, berkata, dia mengambil bekalan minyak masak peket antara dua hingga tiga kali seminggu.
"Saya akan ambil antara 10 hingga 15 kotak dan biasanya ia boleh bertahan tiga hari bergantung kepada bilangan pembeli, tetapi cuti sekolah atau hujung minggu biasanya permintaan tinggi.
"Pembeli pun tahu membeli ikut keperluan, biasanya antara dua hingga tiga peket seorang.
"Saya pun tidak jual dalam kuantiti yang banyak kerana ini barang subsidi dan mahu semua orang dapat menikmatinya," katanya yang memberitahu tiada isu bekalan minyak masak peket tidak mencukupi.
Peruncit, Asrul Abas, 35, berkata dia terpaksa mengambil tindakan itu bagi memastikan semua pelanggannya dapat membeli minyak masak peket.
"Bekalan minyak ada dan biasanya saya membeli antara 10 hingga 20 kotak dengan setiap satu mengandungi 17 peket minyak masak satu kilogram.
"Saya biasa ambil bekalan daripada pembekal seminggu sekali dan memang minyak masak ada, tetapi kita hadkan (jualan) kerana sejak harga minyak masak botol naik, ramai yang beralih beli minyak masak peket," katanya ketika ditemui hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-tiga-peket-sahaja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|