CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis dah ronda tapi mat rempit datang semula

[Copy link]
Post time 17-7-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA mangsa kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi tadi. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: "Sebelum kejadian memang sudah ada pasukan polis peronda di laluan itu dan aktiviti rempit kemudian sudah bersurai.

"Namun tidak lama kemudian, mereka kembali berkumpul dan jumlahnya makin ramai."

Begitu kata pengguna jalan raya ketika melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, mengenai sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai melakukan aktiviti rempit di laluan itu, malam tadi.


Laluan berkenaan juga lokasi nahas motosikal yang mengorbankan tiga penunggang, awal pagi tadi.

Pengguna jalan raya berkenaan yang mahu dikenali sebagai Nalza, 37, berkata, lokasi itu sering dijadikan 'port' aktiviti mat rempit terutama pada malam hujung minggu.

Katanya, aktiviti sekumpulan penunggang motosikal itu bermula kira-kira 11 malam dan ketika melalui lokasi berkenaan, terdapat pasukan polis yang melakukan rondaan.

"Saya bersama keluarga dari Permatang Pauh menuju ke Georgetown untuk bersiar-siar selain menikmati pemandangan laut dan bandar raya pada malam hujung minggu.

"Sepanjang melalui lebuh raya berkenaan memang terdapat anggota polis melakukan rondaan dan seketika kemudian laluan mula lancar.

"Ketika pulang pada awal pagi, didapati aktiviti berkenaan berlaku semula dan jumlah penunggang motosikal juga semakin ramai," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Nalza berkata, dia memandu perlahan di laluan itu kerana bimbang dengan keselamatan malah anaknya juga berada dalam ketakutan apabila mendengar bunyi enjin motosikal yang kuat.

Katanya, aktiviti itu memang sudah diketahui masyarakat tempatan dan semakin menjadi-jadi walaupun pemantauan polis kerap dilakukan.

"Mereka memang tidak takut kehilangan nyawa atau cacat anggota badan jika terbabit kemalangan dan tidak fikir nyawa pengguna lain juga akan melayang akibat aktiviti sia-sia itu.

"Jadi, tuduhan bahawa pihak polis tidak menjalankan rondaan adalah tidak benar kerana saya sendiri melihat pihak berkuasa melakukan rondaan di kawasan itu sebelum kejadian.

"Mat rempit sudah diberi nasihat tapi 'tak jalan.' Sudah tiba masanya undang-undang yang lebih ketat dikuatkuasakan," katanya lagi.

Difahamkan, terdapat beberapa kemalangan kecil berlaku di lokasi itu sebelum kejadian dan pengguna jalan raya turut sama berhenti di bahu jalan bagi membantu.

Video kejadian nahas juga turut tular di media sosial dan mendapat perhatian warga net.

Pengguna akaun Facebook, Umi Ina, berkata, boleh dikatakan setiap malam minggu terdapat aktiviti merempit di lokasi itu.

"Kami yang tinggal berhampiran lebuh raya selalu terkejut dan tak boleh tidur sehingga 4 pagi.

"Kadang-kadang dengar siren daripada kereta polis yang mengejar (mereka yang terbabit) ," katanya di ruangan komen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empit-datang-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.215789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list