View: 840|Reply: 11
|
[Pulau Pinang]
Lebih 92,000 berjaya dapat kerja menerusi MYFutureJobs sehingga 30 Jun
[Copy link]
|
|

KARNIVAL Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di ILP Kepala Batas mendapat sambutan hangat daripada kalangan pencari kerja bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di seluruh negeri zon utara termasuk Perlis, Kedah dan Perak.
KEPALA BATAS: Seramai 92,832 pencari kerja di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi laman portal carian kerja, MYFutureJobs sehingga 30 Jun lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jumlah itu termasuk 6,752 pencari kerja dari Pulau Pinang.
Katanya, untuk tempoh yang sama juga, sebanyak 484,563 jawatan kosong aktif telah ditawarkan di portal pekerjaan tersebut yang terbuka kepada semua pencari kerja di Malaysia.
“Daripada jumlah itu pula, sebanyak 35,708 kekosongan jawatan berkenaan adalah di Pulau Pinang sahaja,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Pada karnival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, lebih 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 24 majikan yang mengambil bahagian.
Dalam pada itu, Reezal Merican menyarankan semua pencari kerja khususnya golongan muda, belia dan graduan supaya merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan itu dengan sebaiknya.
“Kalau boleh, jadikanlah ILP Kepala Batas ini sebagai lokasi tetap untuk pelbagai program dan aktiviti yang dapat menjana ekonomi serta menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada warga Pulau Pinang ini,” katanya.
Sempena karnival itu juga, Reezal Merican turut mengumumkan penyerahan sumbangan caruman Skim Pekerjaan Sendiri di bawah Perkeso kepada 1,000 individu khususnya anak kelahiran Kepala Batas.
Pada masa sama, Saravanan mengumumkan tambahan sumbangan caruman kepada 1,000 individu lagi yang terpilih. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... bs-sehingga-30-jun/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
woww. nampak mcm ada peningkatan org dpt kerja.. kalau x msa lepas mco tu mmg rmai sngt yg tergugat
|
|
|
|
|
|
|
|
Kann. Klu x dulu mmg kesian tgk org hilang kerja sbb banyak company yg tutup. Skrg ni plak pun banyak karnival yg bleh join, mmg lagi membantu 
|
|
|
|
|
|
|
|
ye weii. mak aq cite dulu nk cri kerja kena guna newspaper.. hahaha tpi skrg ni nasib baik laa ada bnyk event yg bleh join. fun fun skit nak cri kerja kan
|
|
|
|
|
|
|
|
next week pun kan dh ada carnival kan. so why not hahaha. klu x silap sminggu jugak event tu. so mane2 yg still terkial kial nak cri kerja tu elok pergi laa event tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
btul22. lgipun mcm best je sbb lama dia pnya event tuu. hrp dpt laa jumpa kerja yg best best kan. mana tau ada opportunity lgi besar
|
|
|
|
|
|
|
|
Kn.. Mujur la skrg ni bleh cri kt mne mne je. Lgipun kt internet pun dh ada info macam2 kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu carnival socso kan? I think event tu kids-friendly jgak, sbb ada lucky draw, expo, makan2 lgi. So yg nak bwak family with baby pun xde hal pnya.. Yg penting we all cn get peluang from it
|
|
|
|
|
|
|
|
yess, betul. bnyk je expo yg akan diorg bukak. lgipun 5 hri kat situ kan. confirm ada bnyk yg kita bleh tgk n join hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb kdg kita puas dh cri kat internet, tpi x smua la kita dpt feedback blik.. tu yg susah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulaa haritu i tengok dkt FB kan. Rmi jgak yg dh start hype #jaminkerja tuu. Mmg nak pergi laa.. Kot ada opportunity yg lagi besar kann 
|
|
|
|
|
|
|
|
Yepp. Somehow pernah jgak nak give up cari keja online because it takes so much time daripada i walk in.. So this time around ada expo better pergi for those yg tngh job hunting
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|