CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Perlis] Dua tekong Myanmar bersama 25 Pati ditahan

[Copy link]
Post time 19-7-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Tekong warga Myanmar yang ditahan bersama sebahagian Pati senegaranya yang cuba menyeludup masuk ke negara ini di sempadan di Simpang Tiga Kampung Lubuk Sengkuang, semalam. FOTO IHSAN PDRM

Bukit Kayu Hitam: Cubaan dua lelaki warga Myanmar yang bertindak sebagai tekong menyeludup 25 pendatang tanpa izin (Pati) senegara ke negara ini berjaya dipatahkan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sepasukan anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengesan dua kenderaan iaitu sebuah van Nissan Urvan dan sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan di Simpang Tiga Kampung Lubuk Sengkuang, di sini pada 5.50 pagi dan 6.58 pagi.

Beliau berkata, anggota dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam kemudian menahan kedua-dua kenderaan itu dan hasil pemeriksaan menemui 18 lelaki dan tujuh wanita warga Myanmar berusia antara 19 hingga 43 tahun.

"Dua lelaki yang juga pemandu dua kenderaan terbabit termasuk seorang daripadanya memiliki kad pelarian UNHCR berusia antara 35 hingga 43 tahun turut ditahan.

"Seramai 26 Pati termasuk seorang daripada tekong itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan siasatan awal mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dari Danok, Thailand.

"Mereka dipercayai melalui pagar sempadan Pos 1 dan Pos 2 Kawalan tentera di laluan paip gas Petronas, Felda Bukit Tangga, dekat sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, semua ditahan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, pihaknya menyeru kepada mana-mana individu mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyeludupan Pati di sekitar daerah Kubang Pasu boleh menyalurkan maklumat di talian hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-25-pati-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040340 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list