View: 425|Reply: 1
|
[Kelantan]
3 beradik kembali bersekolah selepas 6 bulan keciciran akibat kemiskinan
[Copy link]
|
|
Muhammad Adam gembira dapat memulakan persekolahan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Tumpat: Selepas enam bulan keciciran sekolah akibat kemiskinan, tiga beradik dari Kampung Berlian di sini, kembali bersekolah sejak dua minggu lalu.
Muhammad Adam Faysal Mohamad Mustaqim Hafis, 13, Muhammad Afqar Fidaie, 10, serta Muhammad Ahnaf Fahim, 8, ceria dapat memulakan persekolahan dengan segala kelengkapan disediakan pihak sekolah masing-masing yang simpati dengan nasib mereka.
Ibu mereka, Rosmida Hanafi, 32, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan pihak sekolah yang menyediakan pakaian seragam untuk tiga beradik itu.
"Anak sulung bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut manakala dua lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut. Pihak sekolah yang bersimpati dengan nasib kami menyediakan segala kelengkapan persekolahan mereka.
"Yuran persekolahan juga ditanggung pihak sekolah dan ketiga-tiga mereka turut mendapat wang saku RM10 seminggu. Ia cukup meringankan beban saya.
"Saya memang tidak mampu menyediakan kelengkapan persekolahan mereka, lebih-lebih lagi saya dalam proses perceraian. Ia menyebabkan saya terpaksa mengabaikan pelajaran mereka," katanya ditemui di sini, hari ini.
Ibu kepada enam anak berusia empat bulan hingga 13 tahun itu berkata, dia hanya mampu menyekolahkan dua anaknya yang berusia lima dan enam tahun sahaja di Tadika memandangkan yuran untuk kedua-dua beradik itu hanya RM30 sebulan.
Katanya lagi, dua anaknya yang bersekolah rendah mendapat bantuan daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan sedikit sebanyak meringankan bebannya untuk menyediakan wang saku.
"Asalkan anak dapat bersekolah kembali, ia sudah memadai bagi saya. Ini kerana, mereka kerap bertanyakan bila dapat ke sekolah semula," katanya.
Rosmida berkata, dia sudah menerima bantuan kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) baru-baru ini.
Ia digunakan untuk keperluan mereka sekeluarga, termasuk membeli sebuah motosikal, untuk kegunaan menghantar dan menjemput anak pulang dari sekolah.
"Saya kini menumpang di rumah ibu dan dalam perancangan untuk memulakan perniagaan menjual makanan namun masih kekurangan modal.
"Saya juga bersyukur kerana ramai yang prihatin malah sering memberi sedekah untuk perbelanjaan kami sekeluarga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-akibat-kemiskinan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak2 baru dapat sekolah balik, parents nya plak nak bercerai. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|