CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 2

Buang Masa - Netizen Kesal Ahli Parlimen Mencarut Dalam Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 21-7-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode




"Kamu (ahli Parlimen pembangkang) cuba untuk memperlihatkan kami (ahli Parlimen kerajaan) mempunyai imej yang buruk. Macam kita tidak ada maruah diri, demikian kenyataan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pada sidang Dewan Rakyat sesi pagi semalam.






Tajuddin merujuk kenyataan Teo Nie Ching (PH-Pulai) yang mengaitkan dirinya bersama-sama Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Azeez Abdul Rahim) dan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Seri Bung Moktar Radin) sebagai seksis dan sering membuat kenyataan gangguan seksual terhadap ahli Parlimen wanita.


Tajuddin bangkit mencelah ketika Datuk Seri Azalina Othman Said (BN- Pengerang) membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021.


Kredit foto - Twitter




Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Tajuddin bertenang dan mengembalikan pentas dewan kepada Azalina.


Namun tindakan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) mempertikaikan tindakan Rashid yang masih bertoleransi dengan Tajuddin berbanding tindakan menghalau Ahli parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari berikutan tindakannya mempersoal usul yang ditolak tentang tuntutan Sulu.



Kredit foto - Sinar Harian


Perkara itu turut dibahaskan oleh Kasthuri Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan, walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan ketika itu ada beberapa ahli parlimen mendengar wakil rakyat Umno itu menyebut perkataan “p***mak dua kali.






Menjengah ruang komen, rata-rata netizen mengecam sikap ahli parlimen ini serta timbalan speaker yang dilihat tidak adil terhadap pihak pembangkang.












Kredit foto - Twitter



Nampaknya sehingga kini Dewan Rakyat yang sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat menjadi tempat perang mulut ahli parlimen. Jadi persidangan ini seolah-olah membuang masa.

isu yang mahu diperkatakan pun seakan-akan caca marba sedangkan semua pihak perlu menjaga sikap dan lebih berhemah. Sampai bila? -CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:59 AM | Show all posts
rempit tua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:08 AM | Show all posts
Buang je la songkok tu tajudin pakai spender beso mcm bekas s/usaha pas stopa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.077092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list