CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tubuh panel penyemak bebas kenal pasti punca krisis air

[Copy link]
Post time 21-7-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Tubuh panel penyemak bebas kenal pasti punca krisis air
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 21 Julai 2022




Krisis air selama enam hari bermula 6 Julai lalu membabitkan 80 peratus pemegang akaun PBAPP di Pulau Pinang terkesan. (Gambar kecil: Zairil)


GEORGETOWN - Panel penyemak bebas terdiri daripada pakar dalam bidang kejuruteraan air serta pengurusan lembangan tadahan air akan ditubuhkan bagi mengenalpasti faktor krisis air di Pulau Pinangyang berlaku pada 6 Julai lalu.


Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, panel itu juga berperanan untuk mengenal pasti kelemahan serta pihak bertanggungjawab terhadap masalah berkenaan.


Tambahnya, panel tersebut akan membincangkan, meneliti dan mengkaji semua maklumat yang terkandung dalam laporan post-mortem krisis air di Pulau Pinang yang disediakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).


"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu telah menerima laporan post mortem krisis air yang berlaku di Pulau Pinang dari 6 hingga 11 Julai lalu.


"Setelah perbincangan lanjut, MMK mengarahkan PBAPP untuk menambah baik laporan tersebut dengan perincian yang lebih mendalam. MMK juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah panel penyemak bebas untuk melaksanakan beberapa tugas penting," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Katanya, barisan panel itu juga akan mencadangkan langkah jangka masa pendek, sederhana pendek dan jangka masa panjang bagi penyelesaian krisis air yang berlaku.


"Mereka juga akan mencadangkan kepada kerajaan negeri langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah krisis air daripada berulang pada masa hadapan.


"Keahlian panel penyemak bebas akan dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat. Barisan panel ini akan diberi masa dua hingga tiga bulan untuk memuktamadkan dapatan mereka," katanya.


Minggu lalu, Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan PBAPP untuk mengadakan post mortem berhubung krisis bekalan air terputus selama enam hari bermula Rabu dua minggu lalu.


Sebelum ini, bekalan air terputus di Pulau Pinang yang membabitkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun PBAPP dan mengambil masa hingga enam hari untuk pulih sepenuhnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ti-punca-krisis-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.232360 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list