CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kilang logam dikompaun RM10,000

[Copy link]
Post time 21-7-2022 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Kilang logam dikompaun RM10,000

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



JAS Pulau Pinang mengeluarkan kompaun RM10,000 ke atas dua kilang logam kerana gagal menguruskan buangan terjadual. FOTO ihsan JAS Pulau Pinang




Butterworth: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 ke atas dua kilang logam di Kawasan Perusahaan Perai, di sini, ketika mengadakan pemeriksaan semalam.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kompaun dikeluarkan selepas dua kilang berkenaan gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurutnya, ia membabitkan kegagalan meliputi isu pelabelan, penstoran dan penyediaan inventori buangan yang betul.

"Dalam pada itu, pasukan penguat kuasa JAS turut mengambil sampel ke atas buangan terjadual berkenaan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Pulau Pinang untuk dianalisa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak industri diingatkan sentiasa memastikan tahap pengurusan buangan terjadual mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"JAS sentiasa bersedia membantu pihak industri atau pemaju yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan pengurusan buangan terjadual.

"Pihak premis boleh menghubungi atau menghadiri latihan-latihan yang disediakan dari semasa ke semasa," katanya.






Disiarkan pada: Julai 21, 2022 @ 10:35am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064095 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list