CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Perlis] Pasangan kekasih ditahan terbabit 9 kes ragut

[Copy link]
Post time 21-7-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Arau: Sepasang kekasih ditahan kerana dipercayai terbabit sekurang-kurangnya sembilan kes jenayah ragut di sekitar daerah Arau sejak dua bulan lalu.

Sumber polis ketika dihubungi berkata lelaki berusia 27 tahun dan teman wanitanya yang berusia 42 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar Arau dan Kangar semalam.

"Suspek utama ditahan di sebuah rumah di Jalan Che Murat, Belat Batu, Arau sekitar jam 6 petang manakala teman wanitanya pula dicekup di Pangsapuri Seri Sena, Kangar pada jam 9.35 malam.


"Kedua-dua suspek adalah penganggur dan suspek utama dipercayai mempunyai 14 kes jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah, samun, memiliki barang curi dan mendatangkan kecederaan di Kangar, Bukit Jelutong.

"Siasatan awal mendapati suspek utama terbabit dalam sembilan kes ragut sekitar Arau sejak dua bulan lalu.

"Suspek yang bermotosikal menyasarkan mangsa yang berjalan di tepi jalan sebelum meragut barangan peribadi mangsa.

"Teman wanita mangsa pula ditahan berikutan penemuan sebentuk cincin emas dipercayai disamun dalam milikannya," katanya.

Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC milik suspek yang dipercayai digunakan dalam melakukan jenayah ragut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbabit-9-kes-ragut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.295785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list