CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Kedah] Disaman tujuh kali pun masih tak serik

[Copy link]
Post time 23-7-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian motosikal yang ditahan di Balai Polis Trafik IPD Kota Setar atas pelbagai kesalahan pada Ops Samseng Jalanan di Jalan Muzium Padi, Alor Setar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR

Alor Setar: Mengaku pernah dikenakan tujuh saman, dua tahun lalu, namun seorang remaja tidak serik untuk menunggang motosikal secara berbahaya dan terbabit dengan lumba haram. Dia yang masih bersekolah di Tingkatan Empat sekali lagi ditahan polis, semalam ketika berlumba di kawasan Gunung Keriang, di sini dengan sekumpulan penunggang motosikal.

Dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu, remaja 16 tahun berkenaan dikenakan saman untuk beberapa kesalahan termasuk tiada lesen memandu.

Selain remaja itu, operasi turut memeriksa 77 motosikal dan 30 kereta di sekitar Muzium Padi dan Gunung Keriang.


Terdahulu, Inspektor Mohd Hilmi Sauti dan Inspektor Jasmizar Jamiran mengetuai pasukannya melakukan intipan selama 30 minit terhadap kegiatan lumba haram itu yang turut disaksikan 'penonton'.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sejumlah 126 saman dikeluarkan menerusi operasi itu atas kesalahan yang termasuk tiada lesen, cukai tamat tempoh dan penunggang bawah umur.

"Selain Muzium Padi dan Gunung Keriang, kita turut mengenal pasti beberapa lokasi lagi yang menjadi tumpuan lumba haram termasuk Jalan Pegawai dan Lebuhraya Darulaman.

"Kita kerap melakukan operasi di beberapa kawasan itu namun mereka ini tidak serik untuk terbabit dalam aktiviti tidak sihat," katanya ketika ditemui malam tadi.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak 13 motosikal disita kerana kesalahan ubah suai, cukai jalan tamat tempoh, tidak mempunyai cermin sisi dan lain-lain.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 30-an yang menjadi penunggang, pembonceng dan penonton.

Beliau menasihati ibu bapa agar mengawasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan melanggar peraturan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pun-masih-tak-serik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.054123 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list