CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Terengganu] Penggunaan katil hospital Terengganu capai 90 peratus

[Copy link]
Post time 23-7-2022 02:35 PM | Show all posts |Read mode

DR. Kasemani Embong (kanan) memetik  terung yang ditanam pada program Projek Tanaman Bandar di Hospital Setiu, Setiu, Terengganu hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR



SETIU: Sebanyak 90 peratus wad di enam buah hospital awam di Terengganu mengalami kesesakan dengan dengan penggunaan katil mencecah 90 peratus pada masa ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kekosongan katil di kesemua hospital tersebut  tinggal  kira-kira 173 daripada 1,733 buah yang disediakan untuk pesakit.

“Begitupun, hanya lima peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

“Kes Covid-19 pula cuma satu peratus, selebihnya bagi rawatan penyakit-penyakit biasa (tidak berjangkit),” katanya selepas merasmikan program Projek Tanaman Bandar di Hospital Setiu di sini, hari ini.

Kasemani berkata, walaupun kadar jangkitan ILI dan URTI meningkat pada masa ini ekoran perubahan cuaca, kadar kemasukan kanak-kanak ke hospital di negeri ini tidak menunjukkan peningkatan ketara.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil langkah awal sekiranya kadar kemasukan pesakit ke wad hospital terus meruncing.

“Antara tindakan tersebut menambah bilangan katil bagi menampung kemungkinan kemasukan lebih ramai pesakit pada masa terdekat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kasemani memberitahu, bekalan ubat-ubatan di semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini masih mencukupi untuk menampung keperluan dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Bekalan ubat-ubatan masih cukup untuk menampung keperluan enam hospital dan 53 klinik kesihatan di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... u-capai-90-peratus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.521746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list