CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Kedah] 126 saman dalam Op Samseng Jalanan dekat Muzium Padi

[Copy link]
Post time 23-7-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN individu yang ditahan dan diperiksa dalam Op Samseng Jalanan berdekatan Muzium Padi di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR: Puluhan anak muda yang leka memperaga pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal termasuk melakukan wheelie tanpa memakai topi keledar tidak menyangka terdapat pegawai serta anggota polis yang turut menyamar dalam kalangan deretan penonton di situ.

Akibatnya, kesemua mereka terperangkap tanpa dapat meloloskan diri apabila kesemua pegawai serta anggota tersebut memunculkan diri sambil menutup setiap jalan keluar bagi mengelak mereka lolos di depan Muzium Padi, Gunung Keriang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemeriksaan terhadap 77 motosikal dan 30 kereta yang berada di situ membawa kepada pengeluaran 126 saman kepada pemilik kenderaan terlibat.

“Kebanyakan saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan ini melibatkan kesalahan tiada lesen, cukai tamat tempoh dan ubah suai kenderaan. Secara keseluruhan pemeriksaan dijalankan terhadap 12 individu yang mengendalikan kenderaan dan menjadi penonton di sini.

“Kebanyakan yang disaman berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun namun ada juga dalam kalangan mereka terdiri daripada pelajar sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mereka yang terlibat turut dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut, manakala sebanyak 13 motosikal turut disita kerana pelbagai kesalahan dilakukan.  UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -dekat-muzium-padi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list