CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Terengganu] Lembu kerdil terjual RM14,500

[Copy link]
Post time 27-7-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Affindi Saat, 38, (kiri) dari Kampung Kemuming, Pengakalan Chepa bersama lembu kerdil yang dijual dengan harga RM14,500 seekor. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Kuala Terengganu: Walaupun bersaiz kerdil, namun lembu baka Brahman milik seorang penternak dijual dengan harga RM14,500 seekor.

Lembu betina seberat 90 kilogram dan setinggi 0.7 meter itu dijual kepada seorang peminatnya secara tunai pada Hari Peladang, Penternak, Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) baru-baru ini.

Pemilik asalnya, Mohd Affindi Saat, 38, berkata, dia membeli lembu kerdil itu daripada seorang penternak di Kampung Kemuming, Pengkalan Chepa, Kelantan.


"Uniknya lembu kerdil itu kerana ia kerdil semula jadi dan bukan berasal daripada lembu baka kerdil.

"Jika diikutkan ia daripada lembu baka Brahman yang terkenal dengan ketinggian tetapi lembu itu dilahirkan kerdil.

"Sejak ia berusia tujuh bulan, saya memujuk pemilik asalnya untuk menjual lembu itu kepada saya tetapi pemiliknya enggan menjualnya," katanya.

Tambahnya, selepas lembu kerdil itu berusia setahun sembilan bulan, pemilik bersedia menjual lembu itu kepadanya.

"Sebaik sahaja membeli lembu itu saya memuat naik gambar lembu itu di media sosial kerana sebelum ini lembu kerdil itu tidak pernah dihebohkan kepada orang ramai.

"Jangkaan saya tepat apabila gambar dan video lembu itu menjadi tular dan mendapat reaksi positif daripada netizen.

"Ramai yang tertarik dengan lembu kerdil itu kerana ia nampak comel dan sangat jinak," katanya.

Menurutnya, dia membawa lembu itu ke HPPNK di Pantai Irama, Bachok, sebagai ternakan pameran sebelum ia terjual dengan harga RM14,500.

"Saya tak sangka lembu kerdil itu terjual pada harga tinggi sama seperti seekor lembu baka sado," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dil-terjual-rm14500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.410369 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list