View: 431|Reply: 0
|
[Kelantan]
Influenza, demam denggi Kelantan tambah katil
[Copy link]
|
|
DR. Zaini Husin (kiri) mengiringi Dr. Izani Husin merasmikan Program Gotong-Royong Mega Cegah Denggi 1.0 Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Annur Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan hari ini./ FOTO : ROHANA ISMAIL
TUMPAT : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menambah bilangan katil sebanyak 10 peratus di semua hospital di negeri ini bagi menampung peningkatan kemasukkan pesakit akibat jangkitan influenza dan demam denggi.
Pengarahnya, Datuk Dr.Zaini Hussin berkata, pertambahan bilangan pesakit itu mula berlaku sejak awal bulan ini, bagaimanapun jangkitan itu masih lagi terkawal.
Menurutnya, jika peningkatan kes terus berlaku JKNK sedia untuk mengaktifkan semula Hospital Kuala Krai bagi menampung penambahan pesakit bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.
“Keadaan hospital itu (Kuala Krai) masih lagi elok. Untuk makluman sebelum hospital tersebut digunakan untuk menempatkan pesakit Covid-19 semasa penularan jangkitan itu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam Program Gotong-Royong Mega Cegah Denggi 1.0 Peringkat Negeri Kelantan dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2020, di Padang Masjid An-Nur Kota Kubang Labu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin.
Dr. Zaini memberitahu, kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 382 kes (196.1 peratus) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 253 kes.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak dua kematian telah direkodkan berbanding tahun lalu tiada kes kematian.
“Dengan keadaan cuaca panas dan hujan yang berlaku sekarang ini, kita khuatir pembiakan nyamuk aedes cepat berlaku.
“Nasihat saya, sama-samalah menjaga kebersihan persekitaran dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes agar kes denggi turun,” ujarnya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... antan-tambah-katil/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|