View: 1323|Reply: 7
|
36 peratus responden cadang berhenti kerja
[Copy link]
|
|
36 peratus responden cadang berhenti kerja
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Lebih satu pertiga atau 36 peratus responden Malaysia bercadang untuk berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang, didorong oleh kemahuan untuk mendapatkan gaji lebih tinggi, peluang kerjaya lebih baik dan fleksibiliti kerja di tengah-tengah peningkatan inflasi.
Pekerja Gen Z dan milenial di Malaysia (48 peratus) adalah yang paling berkemungkinan untuk berhenti kerja tahun ini berbanding 9.0 peratus baby boomer.
Dapatan yang diperoleh daripada Kaji Selidik Bayangan Semula Pekerjaan EY 2022 itu mendapati, ia turut didorong oleh pasaran pekerjaan yang semakin mengecil dan pertambahan jumlah pekerjaan yang menawarkan cara kerja fleksibel.
Kaji selidik itu, antara yang terbesar seumpamanya, mengambil pandangan lebih daripada 1,500 pemimpin perniagaan dan 17,000 pekerja di 22 negara, termasuk 50 majikan dan 250 pekerja di Malaysia.
Ia menunjukkan bahawa, ketika banyak negara keluar daripada pandemik Covid-19, pekerja mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap majikan dan 'senarai dimahukan' daripada majikan berpotensi juga telah berubah.
Hampir separuh daripada pekerja Malaysia atau 44 peratus dalam kaji selidik itu menyatakan mereka akan kekal di organisasi masing-masing jika mendapat bayaran lebih baik.
Sebanyak 26 peratus responden pula menyatakan kemahuan untuk fleksibiliti kerja lebih baik atau bekerja di luar pejabat dan 24 peratus menyatakan kenaikan pangkat ke peranan kepimpinan adalah satu lagi sebab untuk kekal di tempat kerja sekarang.
Walaupun 22 peratus majikan di Malaysia bersetuju bahawa menyediakan peluang perkembangan kerjaya adalah cara untuk mengatasi pekerja berhenti, hanya lapan peratus bersedia untuk menyemak semula daya saing program ganjaran masing-masing.
Menurut kaji selidik tahun lalu, aturan kerja fleksibel, yang menjadi faktor terbesar perpindahan pekerja di Malaysia, kini kurang menjadi pendorong.
Hanya 16 peratus pekerja mahu fleksibiliti kerja dari jauh walaupun majoriti atau 95 peratus mahu bekerja di luar pejabat sekurang-kurangnya dua hari seminggu.
Ini berikutan kebanyakan responden sudahpun bekerja dengan syarikat yang menawarkan fleksibiliti sedemikian.
Hanya minoriti majikan atau 16 peratus yang mahu pekerja kembali ke pejabat lima hari seminggu.
Majoriti majikan di Malaysia, atau 72 peratus menyatakan bahawa syarikat sedang aktif menggalakkan model kerja hibrid dalam usaha menarik dan mengekalkan bakat, manakala 64 peratus majikan menyatakan sudah membina pelan hibrid untuk kakitangan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... dang-berhenti-kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti kerja? Jadi lepas tu nak buat apa? Trading forex? |
|
|
|
|
|
|
|
Quitting a job can be a big step, but it's important to have a solid financial plan in place to ensure a smooth transition
|
|
|
|
|
|
|
|
Saving for a rainy day and having an emergency fund is crucial for anyone who is considering quitting their job
|
|
|
|
|
|
|
|
Having a clear understanding of your expenses and a budget in place is essential to manage your finances after quitting your job.
|
|
|
|
|
|
|
|
It's important to consider the impact quitting your job may have on your benefits, such as health insurance, and plan accordingly."
|
|
|
|
|
|
|
|
For those quitting a job, it may be a good idea to review your retirement savings and consider contributions IRA
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan buru buru berhenti kerja, jaman sekarang sulit mendapatkan pekerjaan. jika nak mau berusaha atau jadi pekerja kreatif masih memerlukan reputasi yang dibangun dalam masa yang panjang
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|