CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Kelantan] Kajian tragedi banjir Baling dibentang di Parlimen esok

[Copy link]
Post time 3-8-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 3-8-2022 01:22 PM


Kota Bharu: Kajian mengenai tragedi banjir di Baling, Kedah sudah siap dan akan dibentangkan di Parlimen esok.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian berkenaan membabitkan beberapa kementerian dan kerajaan negeri serta pakar-pakar geologi.
"Petang ini saya akan diberikan taklimat oleh jawatankuasa khas yang menyiasat peristiwa banjir kepala air di Baling, Kedah.
"Kajian ini dilakukan beberapa kementerian diketuai oleh KeTSA, kerajaan negeri dan pakar geologi yang mana mereka turun ke lapangan, menggunakan helikopter serta dron.

"Saya akan membentangkan hasil kajian ini di Parlimen esok," katanya selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Islah, di sini, hari ini.


TAKIYUDDIN (kiri) beramah mesra dengan murid-murid ketika hadir merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Islah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Takiyuddin berkata, beliau dimaklumkan banjir masih berlaku di Baling dan kerajaan pusat serta kerajaan negeri sedang memantau bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Sementara itu, ketika ditanya banjir kilat yang melanda di Johor petang semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, bencana yang berlaku di Johor adalah fenomena alam namun kerajaan amat komited menyelesaikan punca masalah yang berlaku.
"Di bawah KeTSA, kita melancarkan 100 juta tanaman pokok dalam tempoh lima tahun dalam usaha meminimumkan masalah banjir kilat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rlimen-esok-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.568467 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list