CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Corak politik UMNO tentukan tarikh PRU-15 - PAS

[Copy link]
Post time 6-8-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode

TASEK GELUGOR: PAS mendakwa pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ditentukan daripada corak politik UMNO.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dilihat sentiasa mengambil kira pandangan partinya terlebih dahulu, berbanding pandangan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

"Perdana Menteri baru-baru ini sudah mengumumkan kerjasama dengan parti pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) tamat pada 31 Julai lalu .

"Beliau juga menyebut perkara itu (penamatan kerjasama dengan pembangkang) adalah isyarat daripada kepemimpinan parti yang disampaikan kepadanya.


"Ertinya, Perdana Menteri mengambil kira pandangan partinya sendiri untuk melaksanakan dasar penting termasuk dalam soal pembubaran Parlimen dan bukan pandangan bersama PN termasuk PAS, yang mana kita hormati haknya sebagai Perdana Menteri apabila menjadikan pandangan UMNO sebagai keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-42 di Pusat Pengajian Darul Hadis, di sini, hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkata PAS beranggapan belum masa yang sesuai diadakan PRU apabila negara baharu sahaja beralih ke Fasa Peralihan Endemik.

"Kita berharap PRU diadakan pada akhir penggal kerana pada masa ini dilihat kurang sesuai memandangkan kita baharu sahaja keluar daripada masalah COVID-19 yang kita dapat lihat rakyat masih menderita dan bergelut untuk bangkit dalam suasana ekonomi cukup mencabar.

"Bagaimanapun, mengambil kira tekanan hebat dihadapi Perdana Menteri ketika ini, PAS tidak mempunyai masalah jika PRU diadakan kerana kita bersiap sedia dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, PAS mempunyai pelan B sekiranya UMNO masih lagi tidak berminat untuk menjalin apa-apa persefahaman dengan parti itu khususnya melalui Muafakat Nasional (MN).

"Melalui ucapan terkini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa permuafakatan antara kedua-dua parti hanya boleh dilakukan selepas PRU-15 jelas menunjukkan tidak akan ada sebarang permuafakatan buat masa ini.

"Dalam hal ini, walaupun PAS masih berusaha untuk menjalinkan persefahaman atau rundingan (dengan UMNO) tetapi kita tetap bersedia untuk 'the worst case scenario' (berdepan situasi terburuk) jika tiada sebarang perundingan berlaku.

"Tapi, kalau ada perundingan atau persetujuan, itu lebih baik kerana ia akan memberi lebih tekanan kepada Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, jika tiada apa-apa persetujuan pun kita tidak ada masalah dan kita akan terus juga menghadapi PRU-15," katanya.


Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari (tengah) pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-42 di Pusat Pengajian Darul Hadis, Tasek Gelugor. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad

https://www.bharian.com.my/berit ... n-tarikh-pru-15-pas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.467497 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list