|
Penerima Anugerah Pelatih Terbaik Agensi, Ag Haffiz Jefri (tengah) gembira bersama ibu, Naida Wahid dan bapanya, Jefri Abd Rahman pada Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1, 2022 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, hari ini. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
MARANG: Seramai 30,000 pegawai dan anggota bomba bersedia menghadapi pelbagai kes kecemasan dan operasi penyelamatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata jumlah itu membabitkan 13,000 pegawai bomba tetap di 327 buah balai bomba serta lebih 2,000 pegawai bomba bantuan dan lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.
Beliau berkata, kekuatan anggota itu diperlukan bersekali dengan aset moden bagi menghadapi cabaran operasi, terutama dalam mengendalikan lebih 150,000 panggilan kecemasan setiap tahun.
"Kementerian meletakkan soal kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan sebagai satu daripada enam fokus utama kementerian bagi tahun 2022.
"Ini juga inisiatif ke arah mencapai agenda kementerian bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya huni," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 737 pegawai bomba KB19 yang terdiri daripada 686 pelatih lelaki dan 51 pelatih wanita ditauliahkan, selepas menjalani latihan selama enam bulan bermula Februari lalu.
Reezal Merican berkata, pengambilan 737 anggota baharu yang ditauliahkan itu bagi mengisi kekosongan keanggotaan di seluruh negara.
"Hari ini, seramai 40 anggota bomba daripada agensi swasta Johor Port, Penang Port, Bintulu Port, Northport dan Wehaya Sdn Bhd turut sama ditauliahkan.
"Peranan bomba swasta juga amat penting bagi memberikan respons kebombaan dan penyelamatan di lokaliti masing-masing," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ta-bomba-siap-sedia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|