CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Kedah] Penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

FOTO didakwa model berkenaan.

Alor Setar: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.


"Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian menjolok mata pada KFW22 di sebuah pusat beli-belah di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Memetik laporan media pada 4 Ogos, Dr Mohd Hayati menasihatkan penganjur KFW22 supaya mematuhi peraturan serta syarat-syarat melalui kelulusan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.

Beliau berkata, sewajarnya pakaian yang diperagakan mestilah sopan serta tidak menjolok mata.

"Walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 namun diharapkan pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur," katanya.

Dr Mohd Hayati juga menjelaskan, KFW22 di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.

MBAS katanya, hanya menjalankan tugas-tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-diambil-tindakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.116162 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list