CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pondok bas 'ghaib' selepas projek perumahan siap

[Copy link]
Post time 10-8-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Mok Kok On (kanan) pada sidang akhbar berhubung isu pondok hentian bas yang dilapor 'hilang' tahun ini selepas projek perumahan di Lebuh Sungai Pinang 1 disiapkan tahun ini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Segelintir penduduk yang bergantung kepada pengangkutan awam di Lebuh Sungai Pinang 1 di sini, membangkitkan isu kehilangan sebuah pondok menunggu bas di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

Jurucakap Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Pinang Mok Kok On berkata, berikutan itu, penduduk terbabit terpaksa berjalan sejauh kira-kira 500 meter berbanding 200 meter sebelum ini.

"Baru-baru ini, kami terima aduan termasuk daripada beberapa warga emas yang berdepan kesulitan kerana terpaksa berjalan lebih jauh dan mereka pula hanya bergantung kepada bas untuk ke hospital atau pusat bandar.


"Kami mendapat maklumat bahawa pondok bas tersebut tiada lagi di tempat asalnya iaitu berhadapan projek perumahan bertingkat yang baru disiapkan awal tahun ini," katanya kepada media hari ini.

Beliau meminta, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta menyiasat perkara itu dan dikhuatiri pihak pemaju perumahan terlepas pandang berhubung ketiadaan kemudahan awam tersebut yang mungkin tidak sengaja dirobohkan ketika kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan dijalankan.

"Perkara ini mungkin nampak remeh namun ia melibatkan kepentingan orang ramai dan jika kita buat carian di aplikasi peta Google Maps, memang sepatutnya ada pondok bas di situ," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ojek-perumahan-siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.104646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list