CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 2

[Kedah] Pakaian tidak sopan, Aman Central mohon maaf

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Pusat beli-belah Aman Central memohon maaf berkaitan gambar seorang tetamu berpakaian tidak sopan hadir di majlis KFW22 Aman Central minggu lalu.



ALOR SETAR: Penganjur Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22), Aman Central memohon maaf ekoran penularan gambar seorang individu berpakaian `tidak sopan’  ketika acara berlangsung di pusat beli-belah di sini minggu lalu.

Aman Central dalam kenyataan turut memaklumkan, bahawa individu berkenaan adalah tetamu pada acara itu dan bukan model yang memperagakan fesyen.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto seorang tetamu yang hadir ke KFW22 di mana gambarnya tidak mencerminkan kod etika pemakaian ditetapkan pihak penganjur.

“Pihak kami kesal atas segala kesulitan dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut  beliau, KFW22 adalah  acara tahunan di Aman Central dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak.

“Acara ini dianjurkan setiap tahun bag mempromosikan pakaian dan jenama-jenama di Aman Central, di samping menampilkan pereka-pereka tempatan tanah air untuk mempromosikan pusat beli-belah ini.

“Penganjuran kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun acara dibatalkan pada tahun-tahun sebelumnya akibat negara dilanda pandemik,” katanya.

Tambah kenyataan itu, menganjur turut mendapat kesemua kelulusan pihak berwajib sebelum majlis dijalankan dan acara ini mendapat sambutan menggalakkan.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita berpakaian didakwa tidak sopan pada KFW22 di sebuah pusat beli-belah di sini yang berlangsung tiga hari pada minggu lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... central-mohon-maaf/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 04:33 PM | Show all posts
awat nmpak mcm jantan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:57 PM | Show all posts
Penganjur KFW22 diminta beri penjelasan model berpakaian menjolok mata

ALOR SETAR – Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penampilan menjolok mata seorang model pada acara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Katanya, hasil semakan awal mendapati pihak penganjur juga tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur untuk meminta penjelasan seterusnya mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Semalam, tular di media sosial gambar seorang model berpakaian menjolok mata pada KFW22 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 1.067274 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list