View: 400|Reply: 0
|
[Kelantan]
Terpalit tuduhan terbabit gerakan ajaran sesat, penaja ingin tarik diri
[Copy link]
|
|
MOHAMAD Redzuan (kanan) selepas tampil membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Tuduhan terbabit dengan gerakan membawa ajaran sesat kepada pemikiran anak muda terhadap dua ikon sebuah acara di negeri ini menyebabkan sebuah syarikat pengurusan acara turut terkena tempias.
Tuduhan yang dibuat seorang individu daripada parti politik beberapa hari lalu itu menyebabkan pengurus acara, Mohamad Redzuan Rosli, 31, bakal berdepan dengan penarikan diri beberapa penaja yang mempercayai tuduhan yang disiarkan menerusi laman sosial.
Sehubungan itu, Mohamad Redzuan yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya Dwan Nawi Production tampil membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, pagi ini.
Beliau berkata, syarikatnya menganjurkan program Jelajah Kelantan 2,000 Pendikir yang bakal bermula pada 1 September hingga 28 November ini dan antara pengisiannya adalah Debat Anak Muda yang akan menjemput dua panel yang dikatakan mempunyai ramai pengaruh dalam kalangan anak muda atau membawa ideologi sekularisme.
"Kami menjemput dua panel iaitu Mahusin dan Azhar yang sebilangan besar anak muda di negeri ini sangat mengenali mereka kerana membawa pengaruh besar dalam dunia badan bukan kerajaan (NGO) terutama dalam kalangan golongan muda.
"Bagaimanapun semalam tular satu kenyataan dari seorang pemimpin sebuah parti di negeri ini yang menuduh dua panel berkenaan terbabit dalam gerakan membawa ajaran sesat kepada anak muda dan turut disiarkan dalam akhbar tempatan kerajaan negeri sekali gus menguatkan dakwaan itu.
"Akibatnya saya menerima banyak panggilan telefon dari wakil penaja yang bertanya lanjut mengenai tuduhan itu malah ada antara mereka yang berhasrat untuk menarik diri dari menaja program yang bakal saya aturkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohamad Redzuan berkata, susulan daripada tuduhan itu, individu berkenaan sudah pun meminta maaf kepada dua panel terbabit dalam satu sesi diskusi dalam talian pada malam Isnin lalu tapi agak mengejutkan kerana ia tetap disiarkan menerusi berita dalam talian termasuk akhbar tempatan kerajaan negeri.
Katanya, pihaknya sudah lama bekerjasama dengan dua panel terbabit dan mengetahui latar belakang mereka yang banyak terbabit dengan program anak muda di negeri ini yang memfokuskan hala tuju serta masa depan mereka namun tidak pernah mengaitkan sebarang sentimen politik.
"Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, kami sebagai pengurus acara turut terpalit dan selain tampil membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan itu, kami juga terpaksa membersihkan nama menggunakan medium laman sosial.
"Ramai juga pempengaruh yang tampil bekerjasama untuk membantu menjernihkan semula keadaan dan kami sangat harapkan program yang saya aturkan ini dapat membawa manfaat kepada semua golongan di negeri ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-ingin-tarik-diri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|