CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 1

[Pahang] Dua laporan kes buli di MRSM Kuantan

[Copy link]
Post time 13-8-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU


KUANTAN: Polis menerima dua laporan berhubung kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata,  laporan tersebut dibuat ibu kepada pelajar terbabit dan warden sekolah berkenaan.

“Kita sedang menyiasat setiap sudut kes ini berdasarkan laporan dibuat. Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular dalam laman sosial Facebook, pemilik akaun Nazrah Mohamed yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan sekolah itu berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Dalam hantarannya tersebut, ibu mangsa mendakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gangsterisme di sekolah itu.

Perkongsian berkaitan baju sekolah anaknya yang diconteng dan rambut digunting ketika sedang tidur mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen sehingga 22,000 perkongsian dan 10,000 komen. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... li-di-mrsm-kuantan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah pun tak selamat dah sekarang
Masing2 trauma nak hantar anak ke asrama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list