View: 864|Reply: 7
|
[Kelantan]
Pasir Mas, Bachok jadi lokasi buang kucing
[Copy link]
|
|
CHE AZILA menunjukkan seekor kucing yang dipamerkan sempena Program Selamatkan Kucing Jalanan di Pasir Puteh semalam. – TOREK SULONG
PASIR PUTEH – Daerah Pasir Mas dan Bachok dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan untuk membuang kucing oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Pemilik Veterinar Centre Kota Bharu (KBVC), Dr. Che Azila Che Omar berkata, dapatan itu diperoleh hasil kajian yang dijalankan oleh pihaknya baru-baru ini.
Menurutnya, hasil tinjauan yang dijalankan, terdapat hampir 100 ekor kucing telah dibuang di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas dan Pantai Irama, Bachok.
“Bagaimanapun, di kawasan pasar di daerah-daerah lain di negeri ini pihak kami mendapati terdapat kira-kira 40 ekor kucing jalanan.
“Kebanyakan masyarakat memilih dua lokasi itu untuk membuang kucing di tempat awam kerana beranggapan haiwan tersebut mampu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mendapatkan sisa-sisa makanan terbuang,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada Program Selamatkan Kucing Jalanan di Bandar Tok Janggut, di sini semalam.
Menurut Che Azila, kebiasaannya kucing-kucing itu akan mengharapkan ihsan orang ramai yang bermurah hati memberi makanan.
Bagaimanapun katanya, haiwan tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana kebanyakannya tidak mempunyai suntikan vaksin.
“Oleh itu, pihak kami menjalankan kempen menyelamatkan kucing jalanan dari penyakit dengan mengalakkan orang ramai yang membawa kucing jalanan untuk suntikan vaksin percuma. Individu yang membawa kucing juga akan mendapat tiga kilogram makanan kucing,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... okasi-buang-kucing/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu tahun 2019 or 2020, mak saya masukkan kucing dia dalam pertandingan kucing kat pasir mas tu
buat kat majlis perbandaran pasir mas
tup-tup dapat nombor dua kucing tu ha ha
menang sijil duit sikit..lupa berapa, dan dapat electric kettle jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang kucing tu masih ada lagi dengan mak ipes?
|
|
|
|
|
|
|
|
mati dah
muda je mati nye
jenis muncung dan hujung2 kaki dan ekor kelabu asap gitu
bersepah je kucing nya
dah la, adik dia pulak ngiau2 nak ikut masuk kandang
so mak sy masukkan la sama, baru diam
so pegi pertandingan, ada 2 ekor kucing dalam tu ha ha
mak sy org kampung, so tulis tangan je nama kucing tu
koh koh rezeki dia
menang no. 2
|
|
|
|
|
|
|
|
harap mak ipes bersabar lah
tak ada rezeki kucing tu meninggal muda
kalau dah rezeki tu tulis tangan pun tetap menang juga
sekarang ni mak ipes ramai lagi ke bela kucing?
|
|
|
|
|
|
|
|
ya, ada cats baru
ada ibu kucing ngandung datang, beranak dapat la 4 ekor kitten, so kitten2 tu selalu main2 masa mak sy tanam2 sayo tepi rumah. cumanya, bila mak sy tanam benih atas batas2 eg terung ke bayam ke, depa ni ada la pulak yg gi gali. masa ni depa besar2 labu betis.
sekarang sudah besar jadi kucing2 muda, ibu kucing tadi ngandung lagi ada 3 lagi kitten2.. tetapi sama je perangai ie bila besar2 labu betis dan mula ngikut mak saya tanam sayur / bunga: juga suka gali2 benih
|
|
|
|
|
|
|
|
meriah lah rumah mak ipes bila ramai ada kitten2
kitten2 tu yg manja dan sedap utk kita bermain, masa tu kitten dengan nak bermana
kita kat situ pun rasa hepi bila kitten tu bermain kat umah atau kat bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
ya meriah.. nnt dia letak vids or pix dalam wassap group tentu pasal kittens dia
batch yg first 4 ekor tu dah jadi kucing muda dan jaga2 jugak la adik2 mereka yg kecik2 lagi ni
ya, bila kita tgk depa golek2 main atas pasir / atas rumput pon kita rasa happy dan tenang
paling utama, ia mengajar kita besedekah dan berkasih sayang dgn yg bukan manusia
dan ngajar anak2 kita dan generasi muda tentang tanggungjawab
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|