CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Terengganu] Hanya 2 RXZ hilang, bukannya lebih 275

[Copy link]
Post time 16-8-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Rohaimi Md Isa (kanan) menyemat pingat jasa pahlawan Negara pada majlis Istiadat Penganugerahan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA ). FOTO Ghazali Kori

Kuala Nerus: Polis mengesahkan hanya menerima dua laporan kes kehilangan motosikal Yamaha RXZ hilang pada Himpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Gong Badak di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, makluman daripada seluruh balai polis di negeri ini mendapati hanya dua laporan diterima mengenai kes kehilangan Yamaha RXZ.

"Kita menafikan dakwaan mengatakan lebih 275 Yamaha RXZ yang menyertai himpunan itu hilang.


"Polis hanya terima dua laporan kes kehilangan Yamaha RXZ dan bukannya 275 seperti ditularkan di media sosial," katanya kepada media ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) peringkat negeri di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Istiadat penganugerahan itu disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan) Deputi Komisionar Mohd Alwi Zainal Abidin.

Seramai 408 bekas pegawai dan anggota polis di negeri ini menerima anugerah berkenaan.

Ketika diminta mengulas saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal Yamaha RXZ yang menyertai himpunan itu, Rohaimi mengesahkan tiada saman dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi peraturan lalu lintas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bukannya-lebih-275

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060185 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list