CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan pandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 21-8-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang

21 Ogos 2022 04:19pm






Reezal Merican




KEPALA BATAS - Kerajaan Persekutuan memandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang khususnya pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah menerima peruntukan RM9.7 bilion.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dengan peruntukan tersebut, pihak kerajaan berharap melihat pembangunan di Pulau Pinang berjalan lancar.

"Hari ini pihak kami meninjau kemajuan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Putra yang menelan belanja RM27 juta dan sepatutnya siap pada April 2020 bagaimanapun mengalami kelewatan hampir dua tahun.

"Pihak kontraktor memaklumkan bahawa kelewatan projek itu disebabkan oleh pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan, kenaikan harga barang pembinaan serta kesukaran mendapatkan pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan berkenaan.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, sekolah itu kini siap 85.9 peratus dan beliau berharap pelan pemulihan yang akan dibentang berjalan lancar seterusnya menyelesaikan isu ‘projek sakit’ tersebut menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, apabila berlaku kelewatan dalam pembinaan institusi pendidikan seperti sekolah, ia akan memberi tekanan kepada pembangunan modal insan setempat terutama di kawasan yang sedang pesat membangun seperti Bertam.

"Kami ingin mengelak daripada projek itu ditamatkan kerana jika ia berlaku, projek itu terpaksa melalui proses tender semula yang akan mengambil masa dan mungkin termasuk peningkatan kos manakala kontraktor akan disenaraihitamkan,” katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061820 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list